“Uncle Tu Sampai Dulu Ye”- Netizen Tegur Sikap Pengguna Tren Terhadap OKU

5 hours ago 6

“Uncle tu sampai dulu ye. A little awareness, please.”

Itu antara teguran seorang pengguna Threads yang menarik perhatian ramai selepas berkongsi situasi melibatkan seorang pengguna kerusi roda di sebuah stesen tren.

Menerusi perkongsian tersebut, pengguna berkenaan dilihat sudah menunggu lif terlebih dahulu, namun terpaksa menanti apabila pengguna lain terus masuk ke dalam lif.

Bagi kebanyakan orang, jika lif penuh atau perlu menunggu lebih lama, masih ada pilihan untuk menggunakan tangga atau eskalator. Tetapi bagi individu yang menggunakan kerusi roda, situasinya tidak semudah itu.

Bukan Soal ‘Special Treatment’

Menurut pengguna Threads itu, memberi laluan kepada pengguna kerusi roda bukan bermaksud memberikan layanan istimewa.

Sebaliknya, ia soal aksesibiliti, pertimbangan dan kesedaran terhadap keperluan orang lain.

“Kalau nampak pengguna kerusi roda sedang menunggu lif, mungkin beri mereka laluan terlebih dahulu,” katanya sambil mengingatkan bahawa perkara kecil seperti ini boleh menjadikan ruang awam lebih inklusif.

Perkongsian itu turut mengundang komen netizen lain yang kecewa melihat situasi tersebut.

“What a shame to see all those inside the lift. Nampak macam semua wanita bekerjaya ye. Tapi… mana pergi common sense?” tulis seorang pengguna.

Tak Susah Pun Nak Bertimbang Rasa

Sebenarnya, perkara seperti ini nampak kecil, tetapi boleh memberi kesan besar kepada individu yang berdepan dengan batas fizikal setiap hari.

Kita mungkin fikir, “Sekejap saja pun tunggu.”

Tetapi bagi orang lain, menunggu lif seterusnya mungkin bermaksud perlu menunggu lebih lama atau berdepan kesukaran untuk bergerak ke destinasi.

Jadi, kalau kita nampak seseorang yang memang memerlukan lif, apa salahnya beri sedikit ruang?

Tak rugi pun kita tunggu sekejap. Mungkin selepas ini, kita boleh lebih peka sebelum melangkah masuk ke dalam lif.

Sebab common sense dan timbang rasa itu tak pernah rugi untuk diamalkan.

Thumbs

Thumbs

3

Hearts

Hearts

4

Haha

Haha

5

Star

Star

5

Sad

Sad

1

Weary

Weary

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |