Sempena sambutan Hari Kebangsaan Malaysia ke-69, ramai yang mungkin sudah merancang untuk balik kampung atau bercuti bersama keluarga. Tapi kalau penerbangan anda jatuh pada minggu sambutan Merdeka, ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian.
AirAsia mengingatkan semua penumpang supaya merancang perjalanan lebih awal berikutan penutupan sementara ruang udara dalam Kuala Lumpur Terminal Control Area bagi memberi laluan kepada latihan dan lintas hormat Hari Kebangsaan di Putrajaya.
Penutupan akan berlangsung pada 26 hingga 28 Ogos, dari 11 pagi hingga 12 tengah hari, serta 29 dan 31 Ogos, dari 8.45 pagi hingga 9.45 pagi.
Jangan Datang Airport Last Minute!
Disebabkan cuti hujung minggu panjang, jangan terkejut kalau kaunter daftar masuk, pemeriksaan keselamatan dan imigresen lebih sesak daripada biasa.
AirAsia menyarankan penumpang tiba sekurang-kurangnya dua jam sebelum penerbangan domestik dan tiga jam bagi penerbangan antarabangsa.
Untuk penerbangan domestik, kaunter daftar masuk ditutup satu jam sebelum berlepas di KLIA Terminal 2, manakala di lapangan terbang lain ia ditutup 45 minit sebelum waktu penerbangan.
Manfaatkan AirAsia MOVE
Kalau nak perjalanan lebih smooth, aplikasi AirAsia MOVE memang patut ada dalam telefon.
Penumpang boleh semak status penerbangan, mendapatkan e-Boarding Pass, menambah bagasi dan bagi penerbangan antarabangsa, menggunakan ciri Auto Visa Check untuk pengesahan visa secara dalam talian.
Bagi yang mahu elak beratur panjang, gunakan kiosk untuk mencetak tag bagasi dan terus ke kaunter self-bag drop selepas check-in.
Jangan Lupa MyNIISe
Satu lagi tip yang mungkin ramai terlepas pandang, MyNIISe.
Pemegang pasport Malaysia boleh menggunakan laluan imigresen QR dan pengecaman wajah yang disediakan di KLIA Terminal 2, sekali gus membantu mempercepatkan proses pelepasan imigresen.
Dan paling penting, semak juga saiz beg kabin. Setiap penumpang hanya dibenarkan membawa maksimum dua barangan kabin dengan jumlah berat tidak melebihi 7kg.
Jadi, kalau nak travel sempena Merdeka, jangan tunggu sampai saat akhir. Check-in awal, semak status penerbangan dan rancang perjalanan ke airport lebih awal. Lagi tenang, lagi seronok nak bercuti!
Thumbs
Thumbs
2
Hearts
Hearts
2
Haha
Haha
3
Star
Star
3
Sad
Sad
1
Weary
Weary

12 hours ago
5



![[FOTO] Peminat Puji Gaya Rambut Terbaru Erling Haaland- “Nampak Muda & Lebih Kacak!”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/08/picture-6-7.webp)














![[VIDEO] “Adik Beradik ‘Cop’ Saya Bunian”- Eyra Hazali](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/08/picture-16.webp)
















![[REVIEW] Dr Anwar Naha Dalang Kematian Ahyan Atau Sekadar ‘Umpan’? Episod 7 GBGTH Cetus Teori Baharu](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/06/Feature-Image-2000-Px-PHIC-10-1.webp)















