Kes melibatkan seorang lelaki dikenali sebagai Rosmaini kembali mengundang perhatian ramai, dan kali ini, reaksi warga net di media sosial jelas menggambarkan rasa geram, takut dan juga bimbang yang semakin memuncak.
Rosmaini sebelum ini dijatuhi hukuman penjara 10 tahun selepas menyebabkan kecederaan parah hingga koma terhadap bekas isteri ketiganya, Jahidah NordinDi platform Threads, ramai yang meluahkan rasa terkejut sebaik membaca perkembangan terbaru kes tersebut. Ada yang mengakui hampir “roboh jantung” apabila mengetahui individu yang pernah dijatuhi hukuman penjara 10 tahun kerana mencederakan bekas isteri hingga koma, kini sekali lagi dikaitkan dengan kes keganasan rumah tangga melibatkan isteri baharu.
“Macam nak roboh jantung baca berita ni. Jantan bebal tu dihukum penjara 10 tahun sebab kes pukul bini sampai terlantar. Tapi, mahkamah tangguhkan kes and dia pun keluar and kahwin baruuu!! Dah kahwin baru pergi terajang bini baru dia pulak sampai keguguran and now kat ICU. Bukan tu je, rembat lagi barang kemas and duit! Sick!”
Luahan tersebut antara yang paling banyak dipetik, mencerminkan betapa seriusnya kebimbangan masyarakat terhadap isu ini.
Tidak kurang juga yang mencadangkan agar tindakan lebih tegas diambil oleh pihak berkuasa, termasuk mewujudkan senarai hitam terhadap individu yang mempunyai rekod penderaan rumah tangga bagi mengelakkan mereka daripada berkahwin lagi.
“Lepas ni boleh la jabatan agama Islam buat senarai hitam pada pendera untuk tidak berkahwin. Takut akan ada kehilangan nyawa pula. Nauzubillah.”
Dalam masa sama, timbul juga persoalan yang lebih sensitif apabila ada netizen mempersoalkan bagaimana masih ada wanita yang sanggup menerima individu dengan rekod sebegitu sebagai suami.
“Masalahnya perempuan mana yang terima lelaki tu jadi suami? Sebab dia vibe ‘bad boy’ dan kau nak jinakkan dia? Ini bukan bad boy, ini evil man.”
Namun begitu, ada juga yang melihat isu ini dari sudut kelemahan sistem perundangan, yang didakwa tidak cukup tegas sehingga membolehkan pesalah terus bebas dan mengulangi perbuatan sama.
“Maybe laws tak cukup ketat sampai terlepas penjenayah macam ni siap kahwin baru. Kenapa boleh lulus dia menikah kalau ada kes ongoing? Anak orang sampai koma tau dia buat. Dia boleh kahwin baru dan bantai lagi yang baru. Kalau terlepas lagi confirm ulang benda sama.”
Untuk rekod, Rosmaini sebelum ini dijatuhi hukuman penjara 10 tahun selepas menyebabkan kecederaan parah hingga koma terhadap bekas isteri ketiganya, Jahidah Nordin yang ketika itu sedang hamil, dalam kejadian pada Mei 2021. Namun, Mahkamah Tinggi Johor Bahru membenarkan penangguhan hukuman tersebut.
Terbaru, dia sekali lagi didakwa terlibat dalam kes keganasan rumah tangga, kali ini melibatkan isteri baharu yang dikahwininya di Thailand pada Disember 2025. Mangsa dilaporkan dipukul menggunakan pelbagai objek seperti penyangkut baju, getah paip, batang besi langsir dan penyapu hingga mengalami keguguran dan kini dirawat di ICU.
Kes ini nyata membuka semula perbincangan tentang keselamatan wanita, ketegasan undang-undang serta keperluan mekanisme perlindungan yang lebih efektif agar tragedi sama tidak terus berulang.

7 hours ago
4



















![[VIDEO] Reaksi Wanita Kurang Selesa, Netizen Tuduh Jackie Chan Lakukan Gangguan Seksual](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/04/picture-13-2.webp)



















![[VIDEO] Pemuda Orang Asli Tegur Sikap Influencer, Anggap Konten Kurang Sensitif](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/3-4.webp)






![[FOTO] Tak Kisah Jika Peminat Kongsi Gambar Lama, Sikap ‘Sporting’ Kamal Adli Tuai Pujian](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/7-8.webp)




