COMB-AT: OSK Group Ajak Orang Ramai ‘Sental’ Pantai Balok, 68.75kg Sampah Berjaya Dikumpul

12 hours ago 8

Pernah tak kita berjalan di tepi pantai, menikmati angin laut dan pemandangan cantik, tapi tiba-tiba ternampak botol plastik, tali atau sampah tersangkut di celah pasir?

Persoalannya, kalau sampah itu terus dibiarkan, sampai bila pantai kita boleh kekal cantik?

Atas sebab itu, OSK Group tampil dengan OSK Beach Combing (COMB-AT), sebuah inisiatif pemuliharaan pantai selama setahun yang dilancarkan di Pantai Balok, Kuantan.

Menariknya, COMB-AT bukan sekadar aktiviti gotong-royong sehari dan habis cerita. Dengan tagline “Comb the Coast, Combat the Waste”, program ini turut melibatkan proses pengasingan, penimbangan dan rekod data sampah yang dikutip.

COMB-AT: 68.75kg Sampah Dikumpul Di Pantai Balok

COMB-AT

Dalam aktiviti pelancaran yang disertai kira-kira 100 peserta, sebanyak 68.75kg sampah berjaya dikumpulkan dan diasingkan mengikut jenis.

Paling banyak? Plastik dan botol plastik dengan jumlah 38.15kg.

Selain itu, peserta turut menemui 7.35kg sisa taman, 7.20kg fabrik, 5.30kg tali, 3.40kg kertas dan kadbod serta beberapa jenis sisa lain termasuk polisterina, getah, tin dan kaca.

Nampak macam angka biasa? Sebenarnya data sebegini penting untuk memahami corak pencemaran di kawasan pantai.

Daripada sekadar “bersihkan sampah”, OSK Group mahu tahu sampah apa yang paling banyak, bagaimana ia terkumpul dan apa tindakan jangka panjang yang boleh dibuat.

Pantai Bersih, Pelancongan Pun Lebih Lestari

COMB-AT

Inisiatif ini dianjurkan OSK Group dengan sokongan OSK Capital dan Swiss-Grand Beach Resort Kuantan, serta kerjasama MOTAC, Tourism Pahang dan Majlis Bandaraya Kuantan (MBK). SWCorp pula bertindak sebagai rakan teknikal.

Bagi MURAI, usaha sebegini memang patut diberi perhatian kerana pantai bukan sekadar tempat OOTD atau healing. Ia juga aset penting kepada industri pelancongan dan komuniti setempat.

Apatah lagi Pantai Balok terletak berhampiran Swiss-Grand Beach Resort Kuantan. Jadi, menjaga kawasan sekeliling bukan sahaja soal alam sekitar, tetapi juga menjaga pengalaman pelancong yang datang.

Kalau usaha ini diteruskan secara konsisten sepanjang setahun, mungkin COMB-AT boleh jadi contoh bagaimana “small action” boleh membawa perubahan yang lebih besar kepada kelestarian pantai Malaysia.

Thumbs

Thumbs

3

Hearts

Hearts

5

Haha

Haha

1

Star

Star

2

Sad

Sad

1

Weary

Weary

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |