Berita baik buat anak jati Pahang yang baru melangkah ke alam universiti, dalam fasa awal pengajian yang biasanya penuh dengan kos pendaftaran, yuran dan keperluan asas, bantuan kewangan seperti ini memang boleh jadi “penyelamat”.
Menariknya, Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang kini membuka peluang kepada pelajar kelahiran negeri itu untuk memohon Bantuan Awal ke IPT, dengan kadar bantuan yang boleh mencecah sehingga RM5,000 bergantung kepada peringkat pengajian.
Apa Itu Bantuan Awal Ke IPT MUIP?
Secara ringkas, bantuan ini merupakan inisiatif khas daripada MUIP untuk membantu pelajar Pahang yang baru mendapat tawaran melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT), sama ada di dalam atau luar negara.
Bantuan ini diberikan secara one-off (sekali sahaja) dan bertujuan untuk meringankan beban kewangan pada peringkat awal pengajian waktu yang biasanya paling “sesak” dari segi perbelanjaan.
Lebih menarik, ia terbuka kepada pelbagai peringkat pengajian, bukan hanya ijazah sarjana muda sahaja.
Kadar Bantuan Ikut Peringkat Pengajian
Jumlah bantuan yang ditawarkan bergantung kepada tahap pengajian masing-masing:
- Asasi / Matrikulasi: RM400
- Diploma: RM600
- Ijazah Sarjana Muda: RM1,000
- Ijazah Sarjana Muda (PJJ): RM1,500
- Sarjana (Master): RM1,500
- PhD (bukan Pengajian Islam): RM3,000
- PhD (Pengajian Islam): RM5,000
Walaupun diberikan sekali sahaja, jumlah ini tetap membantu untuk tampung kos awal seperti yuran pendaftaran, buku dan keperluan asas lain.
Siapa Yang Layak Mohon?
Untuk memastikan bantuan sampai kepada yang benar-benar layak, beberapa syarat asas telah ditetapkan:
- Beragama Islam
- Pemohon dan ibu bapa bermastautin di Pahang (alamat IC)
- Sudah menerima tawaran IPT
- Permohonan dibuat dalam tempoh 6 bulan dari tarikh tawaran
- Mengikuti pengajian sepenuh masa (Asasi hingga PhD)
- Sertakan resit atau slip pendaftaran
Bagi pelajar PhD pula, perlu tambahan dokumen seperti Surat Kelulusan Proposal Defense.
Cara Mohon (Online Je!)
Permohonan boleh dibuat secara atas talian mudah dan cepat, tak perlu beratur panjang:
- Layari portal rasmi: Zakat4Pengajian
Untuk pengguna baharu:
- Daftar akaun terlebih dahulu
- Isi maklumat dengan lengkap
- Pastikan nombor akaun bank & telefon aktif
Ini penting supaya proses bayaran dan urusan semakan berjalan lancar.
Perkara Penting Ramai Terlepas Pandang
Walaupun bantuan ini nampak straightforward, ada beberapa perkara penting yang perlu diingat:
- Hanya boleh mohon sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian
- Wajib ada surat tawaran IPT (tak boleh apply awal)
- Permohonan mesti dalam tempoh 6 bulan sahaja
Kalau terlepas tempoh, memang tak boleh claim jadi kena alert! Tarikh tutup 30 November 2026.
Bagi Murai, bantuan Awal IPT MUIP ini boleh dianggap sebagai “kickstart fund” untuk pelajar Pahang yang baru nak mulakan perjalanan akademik. Dalam keadaan kos pendidikan yang semakin meningkat, bantuan seperti ini walaupun one-off tetap memberi impak besar, terutama kepada keluarga yang memerlukan.
Jadi untuk anak Pahang yang baru dapat offer IPT, jangan lepaskan peluang ini.

9 hours ago
8





































![[VIDEO] Pemuda Orang Asli Tegur Sikap Influencer, Anggap Konten Kurang Sensitif](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/3-4.webp)












![[VIDEO] Istimewa Dari Isteri, Mr. E Terima Kejutan Romantis Sempena Hari Jadi](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/2.webp)
