Hantaran pelakon dan penerbit terkenal, Sheila Rusly mencuri perhatian netizen selepas ‘mengusik’ pelakon jelita, Fazura di media sosial, baru-baru ini.
Sheila menerusi hantaran di Thread dilihat memuatnaik tangkap layar komen Fazura di Thread yang menyifatkan dia sebagai mentua idaman setiap wanita selepas melihat hubungan Sheila yang akrab bersama kedua-dua menantunya iaitu Elisya Sandha dan Beatrice Chitra.
Malah, Sheila sempat berseloroh mahu jadikan Fazura sebagai menantu jika dia mempunyai anak lelaki yang masih bujang.
“Kalau ada anak lelaki lagi, nak je sis jodohkan dengan Fazura 😍, okay bye!.”-kapsyen Sheila Rusly di Thread

“Sebab Sis Sheila Rusly Ni Contoh Manusia Yang Ikhlas..”
Menjengah ruang komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dengan Sheila Rusly yang memberi layanan yang baik terhadap kedua-dua menantunya itu, malah komen rakan selebriti, Sharifah Shahora turut mencuri perhatian selepas berpendapat pelakon jelita itu sudah “berpunya”.
“Kalau jadi menantu kena join mak-mak mentua gi holiday la. Tapi dia dah ada tu, jangan recommend siapa-siapa dah.”-Sharifah Shahora
“Memang Sheila Rusly mentua idaman setiap wanita, lots of love kak. Semoga murah rezeki dan sihat-sihat selalu.”
“Anak-anak menantu you pun dah cantik-cantik, rajin, pandai masak, walaupun ada crack juga here and there. Tapi dah superb sis hehe.”
“Mak mertua saya pun peel dia sama macam sis sheila 🫶 bersyukur ada mak mertua idaman macam ni. Hujung minggu je whatsapp kita ajak berjalan.. hehe.”
“Sebab sis Shiela Rusly ni contoh manusia yang ikhlas dengan sesama manusia…semoga ramai menantu dan ibu mertua yang ikhlas macam keluarga Shiela Rusly.”

Sekadar info, Sheila Rusly mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Azman Yahya atau lebih dikenali sebagai Jinggo pada tahun 1995. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua orang anak lelaki, iaitu Uzair Haqimy dan Luth Mikhail.

6 hours ago
5

































![[VIDEO] Pemuda Orang Asli Tegur Sikap Influencer, Anggap Konten Kurang Sensitif](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/3-4.webp)










![[VIDEO] Istimewa Dari Isteri, Mr. E Terima Kejutan Romantis Sempena Hari Jadi](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/2.webp)




