Kalau anda kaki taman tema, roller coaster mesti antara permainan yang paling ditunggu-tunggu. Adrenalin naik, jeritan pun bergema. Tapi bagaimana kalau permainan yang sepatutnya menyeronokkan tiba-tiba bertukar menjadi detik penuh cemas?
Itulah pengalaman yang dikongsi seorang pengunjung selepas sebuah roller coaster di taman tema popular di Subang Jaya dilaporkan tersangkut pada Sabtu lalu.
Menerusi perkongsian di media sosial, wanita berkenaan menceritakan bagaimana dia menerima panggilan daripada suaminya yang memaklumkan mereka terperangkap dan ada mangsa yang mengalami kecederaan.
“Jantung I Stop Sekejap…”
Menurut perkongsian tersebut, suami, anak, adik-beradik serta anak buahnya berada dalam roller coaster ketika kejadian berlaku.
Boleh bayangkan perasaan seorang ibu apabila tiba-tiba menerima panggilan seperti itu?
Lebih mendebarkan, proses membawa keluar semua mangsa dari permainan tersebut mengambil masa. Dari bawah, dia cuba untuk tidak panik sambil menunggu proses pemindahan dilakukan.
Dalam situasi mencemaskan itu, dia memilih untuk bersangka baik kepada Allah dan cuba kekal tenang sementara menantikan ahli keluarganya dibawa turun.
Masih Dalam Siasatan
Perkongsian itu turut menyebut terdapat dakwaan bahawa ada mangsa yang tergelincir dari landasan. Bagaimanapun, perkara tersebut masih dalam siasatan dan keluarga terbabit memilih untuk tidak mengulas lanjut.
Mereka juga memaklumkan sudah memberikan kerjasama kepada pihak polis bagi membantu siasatan berhubung kejadian tersebut.
Bagi keluarga berkenaan, pengalaman itu jelas meninggalkan kesan yang mendalam.
Malah, luahan “Roller coaster and it won’t be the same anymore” cukup menggambarkan trauma yang masih dirasai selepas kejadian tersebut.
Persoalannya, bagaimana pengalaman yang sepatutnya menjadi memori menyeronokkan boleh bertukar menjadi sesuatu yang menghantui?
Buat masa ini, kita serahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan dan menentukan apa yang sebenarnya berlaku.
Apa pun, keselamatan pengunjung tetap perlu menjadi keutamaan.
Thumbs
Thumbs
2
Hearts
Hearts
4
Haha
Haha
4
Star
Star
5
Sad
Sad
1
Weary
Weary

11 hours ago
5



![[FOTO] Peminat Puji Gaya Rambut Terbaru Erling Haaland- “Nampak Muda & Lebih Kacak!”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/08/picture-6-7.webp)














![[VIDEO] “Adik Beradik ‘Cop’ Saya Bunian”- Eyra Hazali](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/08/picture-16.webp)
















![[REVIEW] Dr Anwar Naha Dalang Kematian Ahyan Atau Sekadar ‘Umpan’? Episod 7 GBGTH Cetus Teori Baharu](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/06/Feature-Image-2000-Px-PHIC-10-1.webp)















