SevenBy7 Lancar ‘Pesan Baginda’, Pesanan Buat Anak Jangan Lupa Jasa Ibu Ayah

8 hours ago 5

Pernah tak kita terfikir, dalam sibuk mengejar kehidupan, adakah kita masih sempat menghargai ibu dan ayah?

Persoalan itu menjadi inti pati single sulung kumpulan baharu, SevenBy7 menerusi karya berjudul ‘Pesan Baginda’.

Menampilkan genre Pop Rock yang bertenaga, lagu ini bukan sekadar mahu menghiburkan pendengar. Sebaliknya, SevenBy7 memilih untuk membawa mesej yang cukup dekat dengan kehidupan kita — tentang tanggungjawab seorang anak untuk menghormati, menjaga dan membahagiakan ibu bapa.

‘Pesan Baginda’ Bawa Mesej Tentang Ibu Ayah

SevenBy7

Dihasilkan oleh komposer terkenal Pakya bersama penulis lirik Afad Raihan, ‘Pesan Baginda’ mengangkat kisah tentang tuntutan berbuat baik kepada ibu dan ayah.

Bila difikirkan semula, ibu bapa merupakan insan yang sentiasa ada ketika kita jatuh bangun. Jadi, sejauh mana pun kita melangkah, jangan sampai kesibukan membuatkan kita lupa insan yang membesarkan kita.

Lagu ini turut mengetengahkan pepatah “Nak kenal bapak, tengoklah anak”, yang menjadi refleksi bahawa akhlak seseorang sebenarnya banyak dipengaruhi oleh didikan dan acuan keluarga.

Nasihat Untuk Diri Sendiri

Menariknya, mesej lagu ini bukan hanya ditujukan kepada pendengar. SevenBy7 sendiri menganggap ‘Pesan Baginda’ sebagai peringatan untuk diri mereka, lebih-lebih lagi ketika baru memulakan perjalanan dalam industri muzik.

“Lagu ini adalah nasihat untuk diri kami dan semua untuk sentiasa menghormati serta membahagiakan ibu ayah yang menjaga kita dari kecil. Harapan kami ialah sokongan padu daripada anda semua,” kata wakil SevenBy7.

Bagi komposer Pakya pula, beliau berharap karya ini mampu memberi manfaat dan menjadi penunjuk arah kepada kesejahteraan hidup, bukan sekadar hiburan semata-mata.

Pop Rock Dengan Sentuhan Dakwah Santai

Menerusi pendekatan Pop Rock yang lebih segar, SevenBy7 cuba membuktikan mesej dakwah juga boleh disampaikan dengan cara santai dan mudah diterima generasi hari ini.

Didukung Luncai Emas Sdn Bhd dari aspek sokongan serta pengedaran, ‘Pesan Baginda’ kini boleh didengarkan di platform penstriman digital utama seperti Spotify, Apple Music dan YouTube Music.

Jadi, kalau lagu ini muncul dalam playlist anda, apa kata dengarkan sampai habis. Mana tahu, dalam kita menikmati muzik, ada satu pesanan yang sebenarnya sedang mengingatkan kita tentang insan paling penting dalam hidup.

Thumbs

Thumbs

3

Hearts

Hearts

5

Haha

Haha

3

Star

Star

2

Sad

Sad

Weary

Weary

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |