[VIDEO] Rozita Che Wan Larang Anak Bongsu Jadi Selebriti- “Mommy Nak Aaisyah Jadi Ustazah”

1 hour ago 4

Pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan sekali lagi mencuri perhatian ramai selepas meluahkan hasratnya agar anak bongsunya, Aaisyah Dhia Rana, tidak mengikut jejak langkahnya dalam industri hiburan.

Menerusi video pendek di platform TikTok, Rozita yang lebih mesra disapa sebagai Che Ta, berseloroh menasihati anak bongsunya itu untuk memilih kerjaya yang lebih stabil. Berbanding menjadi penyanyi atau pelakon, Che Ta berhasrat agar anaknya itu memilih kerjaya seperti ustazah atau usahawan.

“Mommy nak Aaisyah jadi ustazah. Tak payah jadi pelakon, tak payah jadi penyanyi. Jadi ustazah, kalau tak jadi ustazah, jadi business woman. Sejuk sikit perut Mommy kalau besar nanti Aaisyah jadi ustazah.”

Jelas Che Ta, berdasarkan pengalamannya sebagai seorang pelakon, kerjaya seni tidak dapat menjamin kestabilan dalam jangka masa yang panjang.

“Tak ke mana pun jadi pelakon atau penyanyi, hujung-hujung mak hang kena niaga juga. Tak payah jadi artis, Mommy dengan Daddy dah lalui, hujung-hujung kena cari cabang lain demi meneruskan kehidupan yang selesa.”

Namun apa yang lebih meraih perhatian ramai adalah respons Aaisyah terhadap hasrat Che Ta. Seloroh Aaisyah, ibunya tidak boleh menentukan minat dan juga hala tuju kehidupannya.

@rozitachewan1

bdk zaman alpha ni kita ckp sepatah , depa ada ja jawapan depa … ish sejuk pequt mummy kalau besaq nanti aaisyah jadi ustazah 🤲🏻, tk payah la jadi artis aaisyah oiiiii .. mummy dgn daddy dah lalui , hujung2 kena caqi cabang lain demi meneruskan hidup 😏 yg selesa 😋 . #aaisyahdhiarana #cheta #rcw #rozitachewan

♬ original sound – ROZITA CHE WAN – ROZITA CHE WAN

Walau bagaimanapun, di ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Che Ta. Menurut mereka, lebih baik mendedahkan generasi muda kini dengan realiti kehidupan.

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |