Perkongsian penyanyi, Bella Astillah mencuri perhatian netizen selepas dilihat memberikan sumbangan kepada mangsa yang terjejas akibat kebakaran di tujuh lokasi di Sandakan, Sabah, baru-baru ini.
Bella Astillah atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang menerusi hantaran di Thread, yang ditemani tunangnya, YB Syed Saddiq itu turut menitipkan harapan agar sumbangan kecil mereka dapat meringankan beban mangsa yang terjejas itu.
”BAELLOVA baru setahun melangkah, dan hari ini diberi kesempatan untuk berkongsi rezeki serta sedikit bantuan kepada mangsa kebakaran di 7 lokasi sekitar Sandakan.
Syukur alhamdulilah atas peluang ini. Semoga setiap sumbangan kecil inimembawa kelegaan dan harapan buat mereka yang terjejas (kamu semua kuat).
Nda saya lupa, Ironman aka tunang saya yang baik hati menemani dan menjayakan misi ini @Syed Saddiq. Thank you juga @teamsaddiq.”-tulis Bella di Thread

Netizen Puji
Di ruangan komen, rata-rata netizen memuji usaha murni Bella dan Syed Saddiq yang membantu mereka yang memerlukan, malah ramai yang mendoakan agar pasangan ini dapat melangkah ke jenjang pelamin secepat mungkin.
”Cepat la kahwin Bella, dugaan korang banyak betul. Love both of you,”
”Ironman aka tunang saya. Ya Allah kurniakanlah kebahagiaan untuk YB Syed Saddiq dan Bella Astillah). Jauhi mereka dari perkara-perkara buruk.”
”Congrats Bella, kebaikan awak benar-benar memberi inspirasi. Saya sangat bangga dengan dengan awak. Nampak macam Bella kurang sihat, jaga diri yaa dan semoga cepat sembuh.”
”Semoga bertambah murah rezeki, bahagia hingga ke Jannah dan dipermudah segala urusan”
Sekadar info, Bella Astillah pernah mendirikan rumah tangga bersama aktor dan penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz pada 9 September 2016, namun pernah bercerai pada 16 Mei 2019 sebelum rujuk semula dalam tempoh iddah.
Namun, mereka sekali berpisah selepas Aliff melafazkan cerai talak satu pada 13 Jun 2024 selepas kecoh kontroversi Aliff dan Ruhainies ditangkap khalwat di sebuah kondominium mewah di ibu negara pada 9 Mac 2024 lalu.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean, dan Ara Adreanna.
Malah, Bella Astillah juga telah mengikat tali pertunangan bersama Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq pada 28 Mac dalam satu majlis eksklusif di ibu kota.

5 hours ago
5

































![[VIDEO] Pemuda Orang Asli Tegur Sikap Influencer, Anggap Konten Kurang Sensitif](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/3-4.webp)









![[VIDEO] Istimewa Dari Isteri, Mr. E Terima Kejutan Romantis Sempena Hari Jadi](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/2.webp)





