Hantaran seorang individu (@mummyenun) di platform Threads mencuri perhatian selepas mendakwa anaknya terlihat makhluk halus di kedai makan milik Ajak Shiro.
Menerusi hantarannya itu, individu yang dikenali dengan nama Mummy Enun berkongsi beberapa video, memaparkan anaknya kelihatan ketakutan sambil menunjuk ke satu sudut premis.
“Tengah makan tiba-tiba anak cakap, Mummy dada abang laju la. Mummy ignore, dia tak stop bagitau dada dia laju. Lepas tu dok sat tu nampak dia makan dalam keadaan takut sambil pegang dada. Mata tengok atas.”
Ketika menjamah makanan, Mummy Enun mendedahkan bahawa anaknya turut menghuraikan rupa makhluk halus tersebut. Walau bagaimanapun, dia turut memberitahu bahawa anaknya berkebolehan untuk melihat makhluk halus sejak kecil lagi.
“Last dia bagitau belakang Mummy ada benda hitam besar, badan dia besar, mata dia merah, rambut dia panjang. Ada lagi video awal yang dia cerita gerak geri dan bentuk. Memang abang dari dalam pantang dulu selalu kena kacau dan dia memang nampak masa da 3-4 tahun.”
Foto – @mummyenun (Threads)Hantaran Mummy Enun telah mendapat reaksi warganet. Namun, wanita itu meminta orang ramai untuk tidak membuat spekulasi mengenai kedai makan Ajak, Bumbu Babah.
“Maaf semua, Jangan la ramai-ramai komen kedai ni pakai pelaris. Saya bukan siapa-siapa. Sebenarnya kedai ni memang tempat kami satu keluarga makan sebab rumah kami condo atas ni je. By the way, anak saya memang dari baby macam ni. Dan saya pun macam ni dari kecil sampai sekarang. So far kalau kedai pakai pelaris, saya la orang yang cepat detect. Tapi Alhamdulillah sepanjang datang tak pernah rasa apa-apa. Rasanya, ada aura negatif kot dekat sini. Biasalah kan rambut manusia sama hitam, hati kita tak tahu.”
Hantaran itu juga turut mendapat perhatian Ajak Shiro, apabila pelawak itu juga memberitahu akan mendapatkan pandangan daripada pihak yang arif mengenai hal itu.

10 hours ago
7






![[VIDEO] Nazeera Sardi Bertemu Azar Azmi, Netizen Sebak-“Semua Orang Cari Dia…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/05/37cf02b4-9680-4d1b-bd60-718758711b0a.webp)

![[VIDEO] Sulaiman Usop Hadir Dengan Single ‘Pergilah’](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/05/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-2-3.webp)







































