Tak Sangka Di Ampang Ada Muzium Unik Macam Ni! HARTA Gabungkan Warisan, Seni & Budaya Sekali Gus

11 hours ago 8

Dalam Bahasa Melayu, “harta” membawa maksud kekayaan. Namun, di sini ia tidak merujuk kepada kekayaan material seperti tanah, sumber alam atau harta benda.

Sebaliknya, HARTA melihat harta yang lebih besar, iaitu kekayaan budaya Malaysia yang terbentuk daripada masyarakatnya, dahulu dan kini.

HARTA merupakan inisiatif oleh HABIB, jenama barang kemas terkemuka Malaysia, yang membawa maksud “Action for the Revival of our Traditions and Arts”. Ia terletak di ruang seluas 8,030 kaki persegi di Ampang Point dan berfungsi sebagai ruang seni dan budaya yang menggabungkan tiga elemen utama:

  • Muzium Perhiasan Warisan
  • Galeri Seni Kontemporari
  • Kafe awam

Gabungan ini menjadikan HARTA satu ruang yang menghubungkan masa lalu dan masa kini Malaysia melalui seni, warisan dan budaya.

Muzium Perhiasan Warisan HARTA

Muzium HARTA ditubuhkan untuk menghidupkan semula minat serta penghargaan terhadap warisan perhiasan tradisional Malaysia yang sangat kaya.

Fokus utama koleksi muzium ini ialah tradisi perhiasan masyarakat Peranakan, termasuk Peranakan Cina, Peranakan Jawi dan Peranakan Chitty. Walaupun terdapat banyak kajian mengenai sejarah dan budaya Malaysia, aspek perhiasan tradisional ini masih kurang diberi perhatian secara meluas.

Koleksi yang dihimpunkan sejak lebih 65 tahun ini menampilkan pelbagai rekaan perhiasan unik yang mencerminkan kepelbagaian budaya negara. Ia memberi gambaran tentang identiti masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan saling berkait antara satu sama lain.

Menjelang kemerdekaan, HARTA melihat pentingnya untuk masyarakat memahami asal-usul budaya ini sebagai asas untuk membina masa depan yang lebih jelas dan bersatu.

Galeri Seni HARTA

Berbeza dengan muzium yang menumpukan kepada warisan, Galeri HARTA pula memberi fokus kepada seni kontemporari Malaysia.

HARTA bekerjasama dengan artis tempatan untuk mengetengahkan karya yang mencerminkan identiti, pengalaman dan isu masyarakat hari ini.

Galeri ini mempamerkan karya artis baharu dan juga artis ternama Malaysia. Setiap pameran membuka ruang perbincangan tentang bagaimana identiti etnik, budaya dan pengalaman hidup membentuk seni dan pemikiran masyarakat.

Melalui pameran, kolaborasi dan program seni, Galeri HARTA berusaha menjadikan seni lebih dekat dengan masyarakat, khususnya generasi muda, agar mereka lebih terbuka kepada idea baharu serta pemikiran kreatif.

Thumbs

Thumbs

Hearts

Hearts

Haha

Haha

Star

Star

Sad

Sad

Weary

Weary

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |