Roll On ialah sebuah roller skating rink yang baru dibuka di Paradigm Mall Johor Bahru dan kini menjadi antara lokasi hiburan indoor yang menarik perhatian ramai di Johor Bahru.
Terletak di Level 5 pusat beli-belah tersebut, Roll On tampil dengan konsep mesra beginner serta gabungan dekorasi American Retro dan neon style yang menjadikan suasana di sini lebih unik dan menarik.
Lebih menarik, ia juga dikenali sebagai roller skating rink terbesar di Johor dan sesuai untuk semua peringkat umur sama ada yang baru pertama kali mencuba ataupun yang sudah mahir bermain roller skate.
Konsep American Retro & Neon
@rollon_myRoll On Boys’ Generation🎉 #rollon #rollerskating #paradigmmalljb #rollonparadigmmalljb #rollerskatejb #fyp #fyppppppppppppppppppppppp #fypage
♬ original sound – Roll On Paradigm Mall JB – Roll On Paradigm Mall JB
Sebaik sahaja masuk ke dalam Roll On, pengunjung akan disambut dengan suasana yang berbeza daripada roller skating rink biasa. Bahagian luar tampil dengan tema American Retro yang memberi vibe klasik ala 80-an, manakala ruang dalam pula dihiasi dengan lampu neon berwarna-warni yang nampak lebih moden dan santai.
Gabungan dua konsep ini menjadikan suasana di sini lebih menarik, terutama untuk mereka yang suka bergambar atau membuat content media sosial.
Mesra Beginner
Bagi yang belum pernah cuba roller skate, tidak perlu risau kerana Roll On memang direka dengan konsep newbie-friendly. Di sini, ada staf yang akan membantu dan mengajar asas bermain roller skate supaya pengunjung lebih yakin sebelum mula bermain.
Bila sudah pandai kawal pergerakan dan seimbang, memang lagi seronok untuk meluncur di gelanggang.
Malah, pengunjung juga boleh memilih sama ada mahu menggunakan inline skate ataupun quad skate mengikut keselesaan masing-masing.
Lengkap Dengan Safety Gear & Kemudahan Lain
Antara yang menarik di Roll On ialah setiap tiket masuk sudah termasuk sewaan kasut roller skate serta peralatan keselamatan.
Selain itu, mereka turut menyediakan:
- Skate helper untuk beginner
- Hip pad tambahan
- Locker simpan barang
- Stoking
- Mini snackbar untuk beli snek dan minuman
Jadi, selepas penat bermain roller skate, bolehlah rehat sambil menikmati makanan ringan di sini.
Harga Tiket & Promosi
Berikut harga kemasukan ke Roll On:
Hari Minggu
- 2 jam: RM35
- Full day: RM50
Hujung Minggu
- 2 jam: RM40
- Full day: RM55
Entry Pass
- RM5 (untuk pengunjung yang tidak bermain skate)
Harga tiket termasuk:
- Roller skate rental
- Safety gear
Harga Merchandise & Sewaan Tambahan
Bagi yang perlukan kelengkapan tambahan, berikut antara harga yang disediakan:
- Skate helper: RM20
- Cute hip pad: RM10
- Stoking: RM5
- Locker (refundable): RM10
Kelas Roller Skate Turut Disediakan
Untuk mereka yang ingin belajar dengan lebih serius, Roll On turut menyediakan kelas roller skate secara private atau berkumpulan.
Private Session (1 to 1)
- 1 sesi: RM150
- 4 sesi: RM500
Group Session (2 hingga 5 orang)
- 1 sesi: RM100 seorang
- 4 sesi: RM350 seorang
Pilihan ini sesuai untuk beginner yang mahu belajar teknik asas dengan lebih cepat dan selesa.
Lokasi & Waktu Operasi
- Level 5F-01, Paradigm Mall Johor Bahru
(Berdekatan escalator ke GSC Cinemas) - 10.00 pagi – 10.00 malam
Sesuai Untuk Lepak Bersama Kawan & Keluarga
Dengan suasana yang santai, muzik yang menyeronokkan serta dekorasi yang cantik, Roll On memang sesuai dijadikan port lepak hujung minggu bersama keluarga atau kawan-kawan.
Tidak kisah sama ada kawan baru pertama kali mencuba atau memang sudah biasa bermain roller skate, tempat ini memang boleh beri pengalaman yang menyeronokkan. Jangan lupa bawa stokin sebelum datang!

5 hours ago
6










![[VIDEO] Dr Say Shazril Terharu Lihat Anaknya Mahu Bantu Peminta Sedekah-“Terkejut Bila Dia Minta Duit..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/05/b50f7fc6-ff20-49d2-850b-f69a5fa40017.webp)






















![[VIDEO] Pemuda Orang Asli Tegur Sikap Influencer, Anggap Konten Kurang Sensitif](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/3-4.webp)












![[VIDEO] Gelagat Anak Kedua Anzalna Buat Ramai Berdekah- “Tengah Bina Snowman Tiba-Tiba Nak Susu”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/4-3.webp)

