Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq sekali lagi menjadi perhatian ramai selepas berkongsi momen bermakna bersama keluarga di acara 113 International Triathon Desaru 2026.
Menerusi hantarannya di platform Instagram, Saddiq atau nama penuhnya Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman, berkongsi pandangannya mengenai makna sebenar kebahagiaan dalam kehidupan.
Menurutnya, kebahagiaan sebenar tidak bergantung kepada harta, pangkat atau status semata-mata. Sebaliknya ia hadir melalui keihklasan serta kasih sayang daripada insan yang sentiasa bersama ketika susah dan senang.
“113km Desaru dengan keluarga. Saya tengok semua ini dan saya sedar satu benda. Kebahagiaan bukan hanya tentang wang, status dan gelaran. Bahagia itu keluarga. Bahagia itu hadir. Bahagia itu saling menyokong. Kita dorong satu sama lain. Kita kuatkan satu sama lain.”
Hantaran ahli parlimen Muar itu dengan pantasnya meraih pelbagai reaksi warganet, di mana rata-ratanya bersetuju dengan pandangan yang dilontarkannya.
Walau bagaimanapun, respons Bella Astillah di ruangan komen turut meraih perhatian, apabila penyanyi itu meluahkan rasa bangganya terhadap Saddiq.
“Melihat awak melalui 113 membuatkan saya sangat bangga. Power gila kot! Saya buat 40km rasa macam nak menangis sambil mengayuh. Bertuah untuk bersorak untuk awak dan kongsi memori ini dengan team kecil kita. Terima kasih atas segalanya.”
Malah Bella turut berterima kasih kepada Saddiq kerana mencipta satu memori yang tidak dapat dilupakan olehnya dan anak-anaknya. Sangat sweet dan comel!
Thumbs
Thumbs
3
Hearts
Hearts
5
Haha
Haha
1
Star
Star
4
Sad
Sad
1
Weary
Weary

2 hours ago
3















![[VIDEO] Gelagat Kacak Cari Hadiah Untuk Hari Lahir Cik B, Netizen ‘Seram’ Dengar Harga!](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/05/7f2aa4c4-1c5b-4d27-8510-78fe08f0cae6.webp)

![[VIDEO] Shuib Bawa Mamat Ziarah Kubur Arwah Siti Sarah, Netizen Titip Doa-“Pedih Bang Lalu Benda Macam Ni..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/05/28d67e29-4227-4184-9391-aba0de20cceb.webp)































