“So Who Are You?”- Isa Khan & Aazief Khalid Tegur Johan Ghazali Lepas Label Kunafa ‘Sampah’

7 hours ago 10

Isu melibatkan petinju muda negara, Johan Ghazali atau lebih dikenali sebagai Jojo, mencetuskan perdebatan hangat di media sosial selepas beliau didakwa melabel pencuci mulut popular, kunafa sebagai ‘sampah’ ketika muncul dalam sebuah podcast.

Kenyataan itu pantas mengundang reaksi daripada beberapa selebriti tanah air yang tampil menegur, antaranya pelakon dan penyanyi, Isa Khan serta personaliti media sosial, Aazief Khalid, yang menekankan soal adab, khususnya terhadap makanan dan rezeki orang lain.

“Nabi tak pernah mencela makanan” – Isa Khan

Isa Khan tampil dengan teguran tegas namun penuh peringatan tentang adab yang diajar dalam Islam.

“Rasulullah ajar adab terhadap makanan. Baginda tak pernah mencela makanan. Kalau suka, Baginda makan. Kalau tak suka, Baginda tinggalkan tanpa mengutuk. So who are you untuk sampahkan makanan?”

Kenyataan itu mendapat perhatian ramai yang bersetuju bahawa walaupun dalam konteks ‘review jujur’, menjaga bahasa dan adab tetap perlu diutamakan.

“Seorang fighter sejati dinilai dari hati” – Aazief Khalid

Aazief Khalid turut mencelah dengan nada nasihat kepada Jojo, mengingatkan bahawa sebagai atlet muda dan figura awam, setiap kata-kata membawa pengaruh besar.

“Jojo, sebagai seorang fighter, atlet negara dan orang muda, kadang-kadang bila orang tegur tentang adab ni, kamu kena lebih terbuka dan terima sahaja, bro. Seorang fighter yang baik dinilai daripada apa yang dia lakukan dalam gelanggang. Seorang juara yang hebat dinilai daripada hati dan akhlaknya. Kami semua tetap menyokong untuk kamu sampai ke tahap itu. Orang tu cuma berniaga kunafa sahaja. Dari segi akhlak, tidak elok kita bercakap tentang punca rezeki orang lain seperti itu.”

Bermula dari podcast, jadi isu hangat

Difahamkan, isu ini tercetus selepas Jojo dalam sebuah podcast menyuarakan pendapatnya mengenai kunafa yang dianggap kurang sihat dari segi kandungan, sebelum menggunakan istilah ‘makanan sampah’, yang kemudian mengundang reaksi pelbagai pihak.

Walaupun ada yang mempertahankan ia sebagai pendapat peribadi, ramai berpendapat cara penyampaian tetap perlu dijaga, lebih-lebih lagi apabila melibatkan makanan dan punca rezeki orang lain. Namun Jojo ada menyebut, tak salah makan makanan manis seperti kunafa tapi jangan kerap kerana kandungan gula yang berlebihan tidak bagus untuk kesihatan.

Thumbs

Thumbs

1

Hearts

Hearts

2

Haha

Haha

1

Star

Star

5

Sad

Sad

Weary

Weary

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |