Shiha Zikir Terkilan Bekas Staf Fitnah Dari Belakang?-“Mengucap Panjang Shiha Baca..”

8 hours ago 7

Penyanyi dan pelakon, Shiha Zikir menitipkan ucapan terima kasih buat semua pihak yang pernah bekerjasama dengan dia dan syarikat produksinya selain memberikan bukti mengenai apa yang pernah dilakukan oleh bekas pekerjanya yang sebelum ini sering ‘missing in action’ sehingga menyukarkan banyak pihak.

Shiha atau nama sebenarnya Nurshiha Mohd Zikir menerusi hantaran di Thread, mengakui rasa terkilan terhadap bekas pekerjanya itu yang ternyata telah melemparkan fitnah dari belakang sedangkan individu tersebut dilayan seperti adik sendiri selain diberi pelbagai bantuan.

“Terima kasih banyak-banyak pada pihak yang pernah bekerjasama dengan Shiha / produksi Shiha Zikir Empire & dah tunjuk bukti tentang apa yang my ex staff pernah buat. Patutlah ada yang dah unfollow Shiha..Rupanya ada benda terjadi diluar pengetahuan Shiha..

Shiha bukan marah tapi lebih kepada terkilan. Shiha dah layan bagai adik sendiri & dah cuba bantu macam-macam dengan sehabis baik,tapi dibalas begini. Dalam fasa kami tak ada apa-apa masalah rupanya dia fitnah Shiha dibelakang.

Bayangkan, dia boleh bagitau dekat seseorang yang bekerjasama dengan Shiha , “Shiha cakap pekerja awak ni pencacai !” Astaghfirullah..Mengucap panjang Shiha baca. Shiha tak pernah terlintas dan downgrade kan sesiapa.

Bukan fitnah yang tu je,dia siap bagitau, “Shiha cakap makanan awak tak sedap! Dia sampai dah baran kat set” .. shiha tak pernah mengamuk hanya disebabkan makanan. Yang sampaikan berita ni bagitau yang dia benci Shiha disebabkan mulut dia. Dan dia tergerak hati nak jelaskan semua.”-dedah Shiha di Thread

“Yang Tak Elok Tu, Cantas Siap-Siap Sebelum Merebak..”

Di ruangan komen, rata-rata peminat memberikan kata-kata semangat buat Shiha, malah ada yang mencadangkan untuk ‘cantas’ pekerja sedemikian sebelum ia merebak.

“Cilikan aje mulut dia, jahat naw.”

“Kenapa ya kak ada manusia hati busuk macam ni, sedangkan akak layan staff akak semua macam adik sendiri. Tak pernah beza-bezakan semua layan dengan baik, dan akak tak pernah berat sebelah. If ada masalah, akak la penyelamat macam kak long 😂😂. Apapun semoga akak tak jumpa lagi dah orang macam ni dan semoga dijauhkan dari manusia munafiqun.”

“Teruknya. Pernah kerjasama dengan Shiha sekali. Rasanya Shiha okay je along the way masa tu. Apapun semoga baik-baik sahaja Shiha. Yang tak elok tu, cantas siap-siap sebelum merebak.”

Apa komen anda?

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |