Pelakon, Zarina Anjoulie tampil memberikan respon terhadap hantaran seorang netizen yang bertanyakan pendapat orang ramai mengenai pilihan hidupnya, baru-baru ini.
Menerusi hantaran di Thread, netizen wanita tersebut bertanyakan adakah menjadi kesalahan untuknya yang berpendapatan RM8K untuk ‘reject’ lelaki yang berpendapatan RM2K disebabkan rasa bimbang bakal menanggung ‘biawak hidup’.
“Kalau gaji perempuan RM8K, salah ke dia reject lelaki gaji RM2K sebab takut tanggung biawak hidup?.”-soal netizen di Thread
Anju Beri Respon
Tidak berdiam diri, Zarina Anjoulie memberikan respon terhadap netizen tersebut dengan berkongsi pengalamannya yang berhadapan dengan lelaki yang kononnya mahu susah senang bersama namun lain pula yang berlaku.
Tambah Zarina atau lebih mesra disapa Anju, dia turut mempersoalkan mengapa perempuan harus bersusah bersama lelaki yang seharusnya tidak mempunyai rasa malu mahu mencari rezeki lebih asalkan rajin bekerja.
“Tak salah. Saya dua kali kahwin, dua kali kena benda sama. Diorang akan brain wash otak konon susah senang sama-sama. Kalau you susah sorang-sorang takde jantan pun nak datang tolong tanggung you (And kalau minta mostly akan terus cop kita gold digger).
So, kenapa kita perempuan kena susah dengan lelaki?. Suruh dia datang semula bila dia sudah mempunyai duit lebih. You did it, so can he. Tak kisah la bawak grab over time ke, jual bundle ke. Tak malu nak cari rezeki lebih janji rajin-rajin.”-balas Zarina Anjolie

Pelbagai Reaksi Netizen!
Rata-rata netizen di ruangan komen memberikan pelbagai reaksi mereka dengan respon Anju itu, malah ada yang berpendapat sekufu turut melibatkan dari segi pemikiran, perancangan dan perjalanan yang sama dan selari.
“Cukup padat untuk bagi orang paham Anju, btw lelaki Melayu memang akan cop kita gold digger even they dont have any gold to dig.”
“Rasulullah saw dipinang oleh wanita kaya Sayyidatina Khadijah kerana akhlak dan peribadi Rasulullah saw yg mulia memikat hatinya. Pilihlah imam yang faham agama dan berakhlak mulia. Insya Allah hidup akan bahagia. Jika dia faham agama pasti dia akan tunaikan tanggungjawab yang sepatutnya walaupun gaji kecik gitewww.”
“Saya setuju! Sekufu tu bukan duit je, pemikiran, journey ahead, planning dan lain-lain semua kena sama, selari. Kalau ditegur golongan begini, cepat triggered pulak. When ego speaks.”
“Some men are scared of strong women and it shows..”
Apa komen anda?

6 hours ago
8
















![[VIDEO] Konsert Bukan Pertandingan Vokal! Ini Sebab Kenapa Konsert Fauziah Latiff ‘Full House’](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/05/Feature-Image-2000-Px-PHIC-50-1.webp)
















![[VIDEO] Pemuda Orang Asli Tegur Sikap Influencer, Anggap Konten Kurang Sensitif](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/3-4.webp)










![[VIDEO] Gelagat Anak Kedua Anzalna Buat Ramai Berdekah- “Tengah Bina Snowman Tiba-Tiba Nak Susu”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/4-3.webp)



