Teknologi Korea Selatan Terbesar Dunia, Samsung kembali mencuri tumpuan apabila memperkenalkan rangkaian televisyen pintar 4K berkuasa AI untuk tahun 2026 dalam satu acara media yang berlangsung hari ini (18 Mei). Ini bukan sekadar TV “biasa-biasa” malah ianya tampak seperti langkah besar ke arah pengalaman tontonan yang lebih futuristik dan imersif, seolah-olah skrin anda dah “hidup sendiri”.
Micro RGB jadi bintang utama
Model paling premium dalam barisan ini ialah siri Micro RGB, yang menggunakan teknologi mikro RGB bagi menghasilkan warna lebih semula jadi, butiran lebih tajam dan kawalan cahaya yang lebih tepat. Dalam bahasa mudahnya, gambar nampak lebih “hidup” dan detail sampai rasa macam boleh sentuh skrin.
Samsung juga menekankan integrasi Vision AI Companion (VAC), satu set fungsi berasaskan kecerdasan buatan yang direka untuk menaik taraf pengalaman tontonan. Antara ciri yang paling mencuri perhatian ialah mod AI Soccer dimana TV ini boleh mengesan perlawanan bola sepak secara automatik dan menyesuaikan paparan secara nyata. Kontras dipertingkat, warna diperkuat, dan pergerakan bola diperhalusi supaya lebih mudah diikuti penonton. Bunyi sorakan stadium pun akan dinaikkan secara automatik untuk suasana yang lebih “stadium live”, walaupun anda hanya menonton dari sofa ke rumah.
TV yang makin “pandai” dengan AI
Selain itu, fungsi AI turut merangkumi upscaler bagi kandungan resolusi rendah, penambahbaikan automatik untuk pelbagai jenis kandungan, serta akses kepada pembantu AI seperti Bixby dan Perplexity AI hanya dengan satu butang. Malah, sokongan Google Gemini juga dijangka hadir melalui kemas kini perisian pada awal Jun ini menunjukkan Samsung semakin agresif dalam perlumbaan AI home entertainment.
Untuk pasaran Malaysia, siri Micro RGB ditawarkan dalam saiz 75 inci hingga 85 inci dengan harga antara RM14,999 hingga RM29,999. Sementara itu, siri OLED lebih mesra gaming hadir dengan sokongan AMD FreeSync dan Nvidia G-Sync bagi pengalaman permainan lebih lancar tanpa gangguan screen tearing atau input lag.
Dari OLED sampai Frame Pro, semua masuk “AI era”
Barisan lain turut diperkenalkan termasuk Neo QLED (75 hingga 100 inci), Mini LED (75 dan 85 inci), serta Frame Pro yang lebih berkonsep seni dengan paparan seakan lukisan galeri. Semua model ini turut menerima naik taraf fungsi AI yang sama melalui Vision AI Companion.
Tidak ketinggalan, Samsung turut mempamerkan monitor gaming Odyssey yang menawarkan kadar refresh dinamik serta sistem penukaran resolusi secara “on-the-fly”, bersama sistem audio Samsung Music Studio.
Secara keseluruhan bagi Murai, 2026 ini nampak seperti tahun di mana TV bukan lagi sekadar skrin tontonan tetapi bakal jadi “assistant hiburan” di rumah. Dan kalau trend ini berterusan, sofa rumah mungkin bakal jadi seat paling premium dalam dunia entertainment digital.
1

2 hours ago
4






















![[VIDEO] Aizat & Sekumpulan Orang Gila Pertaruh Eksperimen Bunyi Baharu Menerusi ‘Ajar Aku’](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/05/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-7-1.webp)































