Ramai Tak Tahu! Anak Pahang Layak Mohon Bantuan Masuk IPT Hingga RM1,200, Ini Cara Mohon

8 hours ago 7

Berita baik buat anak-anak Pahang yang bakal melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Yayasan Pahang kini membuka permohonan Geran Bantuan Ke IPT khas untuk pelajar anak negeri itu yang bakal menyambung pengajian buat kali pertama ke peringkat tertiari.

Menariknya, bantuan ini diberikan secara one-off dan boleh dipohon secara online menerusi laman rasmi Yayasan Pahang.

Via lamn web rasmi Yayasan Pahang

Bantuan Wujud Sejak Tahun 2000

Untuk yang belum tahu, Geran Bantuan Ke IPT ini sebenarnya sudah diperkenalkan sejak tahun 2000 lagi sebagai salah satu inisiatif Kerajaan Negeri Pahang menerusi Yayasan Pahang.

Tujuan utama bantuan ini diwujudkan adalah sebagai tanda penghargaan dan sokongan kepada anak-anak Pahang yang berjaya melanjutkan pengajian ke IPT.

Pada awal pelaksanaannya, bantuan ini hanya melibatkan pelajar peringkat asas pengajian tinggi sahaja. Namun bermula Januari 2014, pemberian geran ini diperluaskan sehingga ke peringkat Sarjana dan PhD. Malah pada tahun 2019, geran ini turut dijenamakan semula kepada dua kategori utama iaitu Geran Pra Siswazah dan Geran Pasca Siswazah.

Dua Kategori Utama Geran Bantuan

Geran Bantuan Ke IPT ini dibahagikan kepada dua kategori utama:

  1. Geran Pra Siswazah – RM700
    Kategori ini melibatkan pelajar:
  • Sijil
  • Asasi
  • Matrikulasi
  • Diploma
  • Ijazah Sarjana Muda

Setiap pelajar yang layak akan menerima bantuan sebanyak RM700 secara one-off.

2. Geran Pasca Siswazah – RM1,200
Kategori ini pula melibatkan pelajar:

  • Sarjana (Master)
  • Kedoktoran (PhD)

Jumlah bantuan yang diberikan adalah sebanyak RM1,200 secara one-off. Memang boleh bantu ringankan sedikit kos permulaan nak masuk IPT nanti.

Syarat Kelayakan Yang Perlu Dipenuhi

Namun sebelum mohon, pemohon perlu pastikan mereka memenuhi syarat utama berikut:

  • Mestilah anak Negeri Pahang
  • Kemasukan pertama ke IPT
  • Memenuhi syarat akademik yang ditetapkan

Bagi kelayakan akademik pula: Pra Siswazah

  • Minimum CGPA 2.80
  • Pasca Siswazah
  • Minimum CGPA 3.00
Via laman web rasmi Yayasan Pahang

Tempoh Permohonan Yang Perlu Diambil Perhatian

Ramai yang selalu terlepas sebab tak tahu garis masa permohonan ntuuk Geran Bantuan Ke IPT, permohonan dibuka:

  • 4 minggu sebelum tarikh pendaftaran IPT sehingga 6 minggu selepas tarikh pendaftaran IPT

Penting untuk diingatkan bahawa pemohon hanya dibenarkan membuat permohonan sekali sahaja bagi setiap kategori.

Cara Mohon Geran Bantuan Ke IPT

Permohonan boleh dibuat secara online menerusi laman rasmi Yayasan Pahang.

Pemohon disarankan untuk menyediakan dokumen lengkap lebih awal supaya proses permohonan berjalan lancar.

Bagi Murai bantuan macam ni memang sangat membantu, lebih-lebih lagi untuk pelajar yang baru nak melangkah ke alam IPT. Nampak sederhana bagi sesetengah orang, tapi hakikatnya RM700 atau RM1,200 tu boleh jadi penyelamat untuk banyak perkara penting seperti beli barang keperluan hostel, tambang perjalanan, laptop atau yuran awal pengajian.

Apa pun, Murai harap lebih ramai pelajar yang layak cakna tentang bantuan macam ni supaya tak terlepas peluang. Kadang-kadang ramai yang tahu bila dah tutup permohonan, memang frust!

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |