Bored Board Games Cafe merupakan sebuah kafe board game baru yang terletak di Damansara Jaya, Petaling Jaya dan baru sahaja dibuka. Berdekatan dengan Atria Mall, kafe ini tampil dengan konsep santai dan cozy yang sesuai dijadikan port lepak bersama kawan, keluarga atau rakan sekerja sambil bermain pelbagai jenis board game dan console game.
Ada Lebih 150 Board Games Untuk Dicuba
Antara tarikan utama di Bored Games Cafe tentunya koleksi board game mereka yang mempunyai lebih 150 jenis permainan untuk dipilih.
Daripada game santai yang sesuai dimainkan ramai-ramai hinggalah permainan strategi yang boleh buat satu meja “berperang”, semuanya ada di sini.
Antara board game popular yang tersedia termasuk:
- Catan
- Ticket To Ride
- Dixit
- Saboteur
- Coup
- Poetry for Neanderthals
Kalau kalian datang dengan kumpulan yang suka gelak besar dan suasana havoc, Poetry for Neanderthals memang antara game yang wajib cuba.
Menariknya lagi, mereka juga menyediakan beberapa board game buatan tempatan seperti HR The Toxic Workplace Game dan beberapa permainan lokal lain.
Bagi yang pertama kali cuba board game, jangan risau kerana staf di sini juga mesra dan sedia membantu menerangkan cara permainan.
Nintendo & PlayStation
Selain board game, pengunjung juga boleh bermain console game kerana mereka turut menyediakan Nintendo dan PlayStation.
Antara game yang menjadi pilihan ramai tentunya EA Sports FC 25, memang sesuai untuk yang nak “friendly match” bersama kawan sambil lepak santai.
Jadi walaupun datang dengan kumpulan yang minat aktiviti berbeza, semua masih boleh enjoy dalam satu tempat.
Boleh Tempah Private Room
Kalau kalian merancang untuk buat birthday, reunion kecil atau berkumpul dengan kawan rapat, mereka juga menyediakan private room yang boleh ditempah.
Bilik ini boleh memuatkan sehingga 10 orang dan lengkap dengan TV screen sendiri bersama dua jug minuman.
Harga tempahan:
- RM300 untuk 2 jam
- RM380 untuk 4 jam
Selain private room, ruang utama mereka juga luas dan selesa untuk group kecil mahupun besar.
Pelbagai Pilihan Makanan
Kalau lapar ketika sedang bermain, kalian tak perlu keluar cari makan kerana mereka turut menyediakan pelbagai menu comfort food.
Antara menu yang tersedia termasuk:
- Pasta
- Truffle fries
- Grilled cheese sandwich
- Chicken chop
- Cake of the day
Harga makanan pula sekitar RM18 hingga RM35 dan sesuai untuk dikongsi bersama kawan-kawan sambil bermain game.
Harga Bermula RM25
Untuk bermain di sini, pengunjung boleh memilih beberapa jenis pass mengikut tempoh masa.
Antaranya:
- 2 jam – RM25
- Extra sejam -RM10
- All-day pass -RM30
Kalau jenis yang suka duduk lama sambil bermain board game, all-day pass memang lebih berbaloi.
Mereka juga menawarkan pakej work from cafe setiap hari Rabu dengan harga RM20 termasuk free flow coffee atau tea.
Lokasi & Waktu Operasi
78B, SS22/25, Damansara Jaya, 47410 Petaling Jaya, Selangor
Waktu operasi:
- Setiap hari: 10 pagi hingga 12 tengah malam

10 hours ago
7
















![[VIDEO] Dr Say Shazril Terharu Lihat Anaknya Mahu Bantu Peminta Sedekah-“Terkejut Bila Dia Minta Duit..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/05/b50f7fc6-ff20-49d2-850b-f69a5fa40017.webp)

















![[VIDEO] Pemuda Orang Asli Tegur Sikap Influencer, Anggap Konten Kurang Sensitif](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/3-4.webp)












![[VIDEO] Gelagat Anak Kedua Anzalna Buat Ramai Berdekah- “Tengah Bina Snowman Tiba-Tiba Nak Susu”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/4-3.webp)

