Kalau tahun lepas masih jadi bahan cerita, tahun ini nampaknya Latihan Pestapora Malaysia datang dengan misi lebih besar. Gabungan Hitman Solutions dan Boss Creator sekali lagi menghangatkan suasana apabila mengumumkan edisi kedua yang bakal berlangsung pada 15 Ogos 2026 di Stadium Hoki Nasional.
Fenomena Tahun Lepas Yang Masih Berbekas
Selepas mencipta fenomena tahun lalu, edisi kali ini bukan sekadar sambungan tapi versi yang lebih ‘naik level’. Tahun lepas, Latihan Pestapora Malaysia berjaya satukan ribuan peminat dari dua negara dalam satu vibe yang sukar ditandingi.
Dengan barisan artis seperti Bunkface, Bittersweet, Pamungkas, Kunto Aji, Nadin Amizah hingga kemunculan istimewa Sheila On 7, festival ini berjaya menarik sekitar 25,000 pengunjung termasuk 10,000 pelawat antarabangsa.
Kejayaan itu bukan sahaja mencipta sejarah, malah membuka jalan kepada hubungan muzik Malaysia-Indonesia yang semakin rapat. Ramai peminat tempatan juga mula ‘terbang’ ke Jakarta semata-mata nak rasa pengalaman Pestapora versi asal bukti betapa kuatnya impak festival ini.
Janji Penganjur: Lebih Imersif, Lebih Selesa
Masuk 2026, penganjur tak sekadar ulang formula sama. Antara janji utama mereka adalah pengalaman festival yang lebih imersif bukan sekadar konsert, tetapi kelainanw dengan pelbagai aktiviti, susun atur lebih terancang dan suasana yang buat pengunjung rasa ‘masuk dunia lain’.
Dari segi keselesaan pula, banyak penambahbaikan dibuat. Kawasan makanan diperluaskan dengan lebih 50 vendor, jadi isu lapar atau beratur panjang dijangka lebih terkawal. Malah, setiap pengunjung akan menerima air mineral percuma kecil, tapi cukup penting untuk festival selama 12 jam tanpa henti.
Kurasi Artis Lebih ‘Kena’ Dengan Selera Lokal
Dalam masa sama, penganjur turut beri fokus kepada kurasi artis yang lebih kena dengan selera Malaysia. Bukan sekadar lineup rawak, tapi dipilih supaya setiap persembahan ada connection dengan penonton.
Sama ada kemunculan sulung atau reunion artis kegemaran, semuanya disusun untuk bagi pengalaman yang lebih ‘kena’ di hati.
Tiket Blind Sale Jadi Rebutan
Bab tiket pula, jualan “Blind Sale” untuk kategori General Admission (Free Standing) sudah bermula 30 April 2026 jam 2 petang dengan harga RM129. Seperti biasa, siapa cepat dia dapat dan kalau tengok sambutan tahun lepas, peluang untuk sold out memang tinggi. Latihan Pestapora Malaysia 2026 bukan sekadar festival ulangan. Ia datang dengan janji yang lebih jelas, nak bagi pengalaman yang lebih besar, lebih teratur dan lebih bermakna. Persoalannya sekarang, anda dah bersedia nak ulang momen… atau kali ini tak nak terlepas?

7 hours ago
5





![[VIDEO] Bella Astillah Bantu Mangsa Kebakaran Di Sandakan, Netizen Puji!](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/04/3ed8aa36-dc05-4ba1-a5ab-7cd72e157f54.webp)





























![[VIDEO] Pemuda Orang Asli Tegur Sikap Influencer, Anggap Konten Kurang Sensitif](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/3-4.webp)









![[VIDEO] Istimewa Dari Isteri, Mr. E Terima Kejutan Romantis Sempena Hari Jadi](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/2.webp)





