Peminat OREO dan BTS, bersedialah untuk menikmati biskut OREO yang dicipta khas oleh BTS untuk anda. RM, Jin, SUGA, j‑hope, Jimin, V dan Jung Kook bergabung tenaga untuk memperkenalkan Biskut OREO & BTS Edisi Terhad.
Biskut OREO x BTS Edisi Terhad diisi dengan krim manis yang menggabungkan rasa hotteok, pankek gula perang popular di Korea.
BTS mempunyai kenangan manis sewaktu kecil menikmati hotteok serta biskut OREO, menjadikan kerjasama ini sesuatu yang amat bermakna. Ia menggabungkan sebahagian warisan Korea BTS ke dalam biskut ikonik yang sentiasa mereka gemari.
Foto – OREOSempena ulang tahun ke-13 BTS, biskut ini menampilkan 13 ukiran unik yang direka oleh BTS khas untuk peminat. Ia termasuk nama ahli kumpulan, ‘light stick’ BTS, serta tiga keping biskut OREO yang membentuk mesej istimewa untuk peminat.
Foto – OREOYang lebih menarik, reka bentuk pek biskut merupakan penghargaan visual yang meriah kepada budaya ikonik Korea street market. Terdiri daripada gabungan warna-warni pemandangan, bunyi dan kepelbagaian juadah jualan seperti hotteok.
Foto – OREOOREO mengajak peminat OREO dan BTS untuk bersama-sama mencipta ‘love letters’ terbesar di dunia khas buat BTS. Untuk menyertai gerakan ini, imbas kod QR pada Pek Biskut OREO & BTS Edisi Terhad atau layari my.oreosea.com untuk menulis surat digital penuh keceriaan kepada BTS.
Teruskan menghantar surat untuk berpeluang memenangi hadiah eksklusif jenama OREO & BTS dan nantikan perkembangan seterusnya!
Di Malaysia, OREO akan menganjurkan sebuah acara pop-up di Blue Concourse, Sunway Pyramid dari 8 hingga 14 Jun 2026. Di acara tersebut, pengguna berpeluang untuk mencuba perisa baharu hotteok edisi terhad. Malah pengguna juga berpeluang untuk menghantar ‘love letters’ mereka kepada BTS!
Peminat dengan pembelian yang melayakkan boleh menebus pelekat OREO BTS, pinggan OREO atau apron OREO, sementara stok masih ada.
Biskut OREO x BTS Edisi Terhad akan ditawarkan untuk presale bermula pada 2 June di halaman rasmi Mondelez di Shopee (Shopee Mondelez Official Page). Biskut OREO ini akan mula berada di kedai berdekaran semua dan hanya akan ditawarkan untuk tempoh terhad, selagi stok masih ada.
Untuk maklumat lanjut ikuti OREO @oreo.mysg di Facebook, Instagram dan TikTok.
Thumbs
Thumbs
5
Hearts
Hearts
4
Haha
Haha
3
Star
Star
1
Sad
Sad
Weary
Weary

4 hours ago
2










![[VIDEO] Nur Sajat Luah Rasa Sebak & Terharu- “Datang Support Pun Dah Cukup Happy”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/05/picture-13-2.webp)






































![[VIDEO] Karl Shafek Terharu Datuk Seri Siti Nurhaliza Sentiasa ‘Support’ Perniagaan Kecilnya-“Terima Kasih Biduanita Negara..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-45.webp)