Isu tentang kehidupan peribadi golongan artis kembali jadi bualan di Threads selepas satu hantaran seorang pengguna yang meluahkan rasa ingin tahu tentang rutin ibadah selebriti ketika bekerja, mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen.
Dalam hantaran tersebut, individu berkenaan menulis:
“Tertanya-tanya golongan artis artis ni samada penyanyi atau pelakon dan sebagainya… solat ke tak eh sebenarnya… cuba bayangkan penyanyi masuk AJL show jam 9 daripada petang dah make up.. magrib?? lepas habis show ada press lagi.. isyak??. Tidur lewat.. subuh???.. takkan solat zohor dan asar saja”
Nada yang digunakan jelas menggambarkan persoalan dan kekeliruan, namun ia mula mencetuskan perdebatan apabila ramai menganggap ia boleh mengundang persepsi tidak tepat terhadap individu yang tidak dikenali secara peribadi.
Antara yang memberi respon ialah pengacara dan selebriti popular Datuk Aznil Hj Nawawi yang tampil memberi penjelasan dengan tenang, seolah-olah mahu meredakan keadaan daripada terus menjadi fitnah.
Menurutnya:
“Takpe kita jawab sebab dia tak tau dan boleh tolong elak fitnah. Kalau Paknil, selalunya paknil ambik wuduk dulu. Pastu baru make-up. Sebab lelaki lebih senang dan bila masuk waktu terus solat walau separuh siap”
Jawapan tersebut secara tidak langsung memberi gambaran bahawa dalam industri hiburan, ada cara tersendiri yang diamalkan untuk tetap menjaga kewajipan ibadah walaupun jadual padat.
“Ramai sebenarnya jaga solat di set”- Nad Zainal
Pelakon Nad Zainal turut memberikan respon yang lebih tegas, menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah membuat andaian terhadap mana-mana individu tanpa mengetahui keadaan sebenar di sebalik kamera.
Katanya:
“Sekarang MUA ramai yang pakai glove untuk hormat artis wanita nak jaga wudhu.. dan alhamdulillah ramai di set yang menjaga solat baik artis atau krew. cth artis yang sangat menjaga solat, Dato Jalal.. dan ….jgn berprasangka ok? apa apa pekerjaan pun.. kalau minta waktu untuk break demi solat.. takkan ditegah.. gila ke apa?”
Perkongsian itu sekali lagi membuka mata ramai bahawa industri hiburan juga mempunyai ruang dan kesedaran untuk menunaikan tanggungjawab agama, meskipun berada dalam tekanan masa dan jadual kerja yang ketat. Di ruangan komen, ramai yang kemudian tampil menegur agar isu seperti ini tidak dibawa ke arah spekulasi negatif. Ada yang berpendapat soal ibadah seseorang adalah perkara peribadi yang tidak wajar dijadikan bahan perbincangan umum, apatah lagi dijadikan andaian tanpa bukti.

6 hours ago
5







![[VIDEO] Bella Astillah Bantu Mangsa Kebakaran Di Sandakan, Netizen Puji!](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/04/3ed8aa36-dc05-4ba1-a5ab-7cd72e157f54.webp)





























![[VIDEO] Pemuda Orang Asli Tegur Sikap Influencer, Anggap Konten Kurang Sensitif](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/3-4.webp)









![[VIDEO] Istimewa Dari Isteri, Mr. E Terima Kejutan Romantis Sempena Hari Jadi](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/2.webp)





