Tular di media sosial baru-baru ini satu rakaman dashcam memaparkan situasi tegang melibatkan dua kenderaan di sebuah bulatan jalan raya.
Insiden tersebut mencetuskan pelbagai reaksi netizen, malah membuka semula perbincangan mengenai kefahaman pengguna jalan raya terhadap penggunaan lorong yang betul ketika memasuki bulatan.
Ramai yang mengakui situasi seperti itu sangat biasa berlaku, terutamanya ketika jalan tidak terlalu sibuk. Namun dalam keadaan tertentu, kesilapan kecil memilih lorong boleh mengundang risiko kemalangan yang lebih besar.
Kekeliruan Dalam Bulatan Jadi Punca Ketegangan
Menerusi video yang dikongsikan di Thread, sebuah kenderaan dilihat berada di lorong kiri sebelum cuba meneruskan perjalanan ke arah keluar yang lebih jauh di dalam bulatan.
Dalam masa sama, sebuah lagi kenderaan dari lorong kanan meneruskan laluan sehingga menyebabkan kedua-duanya hampir bertembung.
Walaupun tiada kemalangan serius berlaku, situasi itu cukup untuk mencetuskan rasa tidak puas hati antara pengguna jalan raya.
Ada yang berpendapat tindakan memotong laluan secara tiba-tiba sangat berbahaya, manakala sebahagian lain melihat punca sebenar datang daripada pemilihan lorong yang tidak tepat sejak awal.
Perkongsian itu kemudiannya dibanjiri pelbagai pandangan daripada netizen yang cuba menjelaskan situasi sebenar berdasarkan peraturan penggunaan bulatan.
Netizen Beri Pendapat, Tapi Ramai Akui Masih Keliru
Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen tampil memberikan penjelasan mengenai etika pemanduan di bulatan.
Ada yang menyatakan bahawa lorong kiri sepatutnya digunakan untuk membelok ke kiri atau mengambil susur keluar terdekat sahaja.
Dalam masa sama, terdapat juga yang menjelaskan bahawa pemandu yang ingin meneruskan perjalanan melepasi lebih daripada satu susur keluar sepatutnya berada di lorong kanan lebih awal sebelum memasuki bulatan.
Menurut mereka, ramai pemandu masih mempunyai tabiat “masuk dahulu, fikir kemudian”, menyebabkan pertukaran lorong dilakukan secara mengejut di dalam bulatan.
“Kalau dah tahu nak keluar jauh, jangan tunggu dalam bulatan baru nak cari lorong,”
Ada juga yang mengingatkan bahawa walaupun seseorang pemandu merasakan dirinya berada di laluan yang betul, sikap defensive driving tetap penting kerana tidak semua pengguna jalan raya memahami aturan bulatan dengan baik.
via Thread /@akmal_rasidi
via Thread /@yeolahvPihak Berkuasa Pernah Jelaskan Panduan Penggunaan Lorong
Dalam pada itu, panduan rasmi yang pernah dikongsikan pihak berkuasa turut kembali menjadi rujukan. Antara yang ditegaskan ialah:
- Lorong kiri digunakan untuk membelok ke kiri atau mengambil susur keluar awal.
- Lorong kanan pula digunakan untuk meneruskan perjalanan lebih jauh, membelok ke kanan atau membuat pusingan penuh.
- Pemandu di dalam bulatan mempunyai keutamaan berbanding kenderaan yang baru ingin masuk.
- Isyarat perlu diberikan lebih awal bagi mengelakkan kekeliruan pengguna lain.
Kesilapan kecil ketika memilih lorong bukan sahaja boleh menyebabkan kemalangan langgar sisi atau bergesel, malah berisiko mengundang konflik di jalan raya.
Portal Rasmi Polis Diraja MalaysiaKesedaran Tentang Etika Bulatan Semakin Diperkatakan
Insiden seperti ini jelas menunjukkan masih ramai pengguna jalan raya yang kurang jelas tentang cara sebenar menggunakan bulatan dengan selamat.
Walaupun nampak mudah, setiap keputusan ketika memandu memerlukan perhatian dan perancangan awal.
Dalam keadaan trafik yang semakin padat, sikap bertolak ansur serta pemanduan berhemah menjadi perkara paling penting untuk mengelakkan kejadian tidak diingini.
Kadangkala, beberapa saat untuk memperlahankan kenderaan dan memberi laluan mampu mengelakkan risiko yang jauh lebih besar.

18 hours ago
8

![[VIDEO] Rozita Che Wan Larang Anak Bongsu Jadi Selebriti- “Mommy Nak Aaisyah Jadi Ustazah”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/05/picture-50.webp)





![[VIDEO] Zara Zya Dedah ‘Dark Side’ Industri Hiburan- “Dia Producer, Suruh Saya Buka Baju”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/05/picture-8-1.webp)









































