Kisah Viviana Di Pukul 8 Pembuli Jadi Panas, Pasukan Netball Super League 2026 Tak Senang Duduk?

8 hours ago 9

Isu buli melibatkan seorang gadis dikenali sebagai Viviana anak kepada penyanyi Ani Mayuni kini semakin hangat diperkatakan netizen selepas kisah silamnya dikongsi dalam podcast popular, Podcast Kita-Kita Aje! bersama penyanyi Ani Mayuni. Episod bertajuk “Aku Nak Tampar Sorang-Sorang” itu membuka semula luka lama apabila Viviana mendedahkan dirinya pernah dibuli dengan teruk ketika zaman sekolah sehingga nyaris meragut nyawa.

Pendedahan tersebut terus mengundang kemarahan ramai rakyat Malaysia yang menyifatkan budaya buli sekolah sebagai sesuatu yang masih serius dan tidak boleh dipandang ringan. Di media sosial terutama Threads, ramai mula mendesak agar identiti pembuli didedahkan supaya tindakan undang-undang dapat diambil.

Menurut Viviana, dia mengambil masa bertahun-tahun untuk memberanikan diri membuka cerita berkenaan kerana trauma itu masih segar dalam ingatannya. Namun dia menegaskan tujuan berkongsi hanyalah sebagai kesedaran kepada masyarakat agar budaya buli dihentikan.

“Saya takde mention nama pembuli sebab bagi saya cukuplah hanya saya dan orang sekeliling saya sahaja yang tahu, sekadar awareness untuk semua orang, katakan tidak pada BULI.”

Walaupun begitu, tindakan Viviana tidak menyebut nama individu terlibat menimbulkan perdebatan dalam kalangan netizen. Ada yang berpendapat pembuli patut didedahkan bagi mengelakkan orang lain difitnah dan menjadi sasaran teka-teki warga maya.

“Lebih baik beritahu terus siapa yang terlibat. Sekarang netizen dok meneka-neka, takut ada yang tak terlibat difitnah pulak.”

Dalam masa sama, suasana turut menjadi panas apabila muncul dakwaan beberapa individu dipercayai mempunyai kaitan dengan pasukan Netball Super League mula menjadi perhatian netizen. Ramai mula membuat spekulasi sendiri sehingga keadaan dilihat semakin tidak terkawal.

Pembuli Buat Akaun Palsu

Viviana bagaimanapun mendakwa dia sendiri tidak pernah mendedahkan nama pembuli, namun ada individu dipercayai tampil sendiri menggunakan akaun palsu untuk mempertahankan diri.

“Tak mention pun pembuli sendiri keluar tunjuk diri… kita punya la tak bagitahu sapa, dorang sendiri reveal diri.”

Kini ramai berharap isu ini dapat dijadikan pengajaran besar tentang kesan buli terhadap kesihatan mental dan kehidupan mangsa. Ada juga yang meminta pihak sekolah dan ibu bapa lebih peka kerana trauma akibat buli boleh menghantui seseorang sampai dewasa.

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |