Kenapa Mas Kahwin Anak Ku Nan, Tengku Nadira Guna ‘Pound Sterling’?

6 hours ago 7

Majlis pernikahan figura terkenal, Tengku Nadira Munawarah binti Tengku Adnan bersama Teuku Agassi Revano Harsya bukan sahaja mencuri perhatian kerana momen penuh bermakna mereka, tetapi juga satu butiran kecil yang cukup menjadi bualan ramai  iaitu mas kahwin yang tidak seperti kebiasaan.

Dalam majlis ijab kabul yang berlangsung, pihak keluarga pengantin perempuan telah menyebut secara jelas dan teratur mengenai mas kahwin yang diberikan oleh pihak lelaki.

Apa yang membuatkan ramai teruja, Teuku Agassi memilih untuk memberikan mas kahwin dalam bentuk mata wang asing, iaitu pound sterling, sekali gus menjadikan ia kelihatan lebih unik dan berbeza daripada kebiasaan perkahwinan selebriti lain.

Difahamkan, mas kahwin tersebut adalah sebanyak 2,305 pound sterling 26 pence, yang dianggarkan bernilai sekitar RM12,293.68, selain turut disertakan emas logam seberat 5 gram serta sepersalinan alat solat sebagai pelengkap simbolik sebuah pernikahan.

Detik ijab kabul itu berlangsung dengan penuh tertib apabila ayah pengantin perempuan, Tengku Adnan, sendiri melafazkan butiran mas kahwin tersebut di hadapan para tetamu.

“Saya nikahkan dan saya kahwinkan engkau dengan puteri kandung saya, Tengku Nadira Munawarah binti Tengku Adnan, dengan mas kahwin merupakan wang tunai sebanyak 2,305 pound sterling 26 pence, dengan emas logam mulia seberat 5 gram dan seperangkat alat salat,” ujar beliau.

@apaajaboleh2012 momen akad nikah Tengku nadira Adnan dan teuku agassi revano #agassirevano #teukuagassirevano #tengkunadiraadnan #nadiraadnan ♬ Ancika (Original Soundtrack Dilan ITB 1997) – Ariel NOAH

Dalam masa sama, pemilihan mata wang asing seperti pound sterling turut memberi sentuhan lebih elegan, eksklusif dan berimej antarabangsa kepada majlis tersebut. Namun begitu, ramai juga memahami bahawa dalam sesebuah perkahwinan, apa yang penting bukanlah jenis mata wang yang digunakan, tetapi nilai mas kahwin itu sendiri yang memenuhi syarat dan dipersetujui kedua-dua pihak.

Malah, ada yang berpendapat penggunaan mata wang luar negara mungkin dipilih kerana pasangan ini datang daripada latar dan negara berbeza, sekali gus menjadikan ia kelihatan lebih neutral dan setara buat kedua-dua belah pihak.

Apa pun alasannya, perkahwinan ini jelas memperlihatkan gabungan elemen tradisi dan moden yang cukup manis, sekali gus meninggalkan momen istimewa yang sukar dilupakan ramai.

Thumbs

Thumbs

4

Hearts

Hearts

4

Haha

Haha

5

Star

Star

5

Sad

Sad

1

Weary

Weary

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |