Harga Petrol Turun Minggu Ini, Ramai Terus Isi Full Tank! RON95 Kini RM3.92

15 hours ago 10

Akhirnya ada juga berita yang buat ramai pengguna jalan raya senyum sikit minggu ini Harga runcit petrol RON95 dan RON97 rasmi turun, manakala harga diesel di Semenanjung Malaysia turut mencatatkan penurunan bermula hari ini (28 Mei) hingga 3 Jun ini.

Menerusi kenyataan Kementerian Kewangan (MOF), harga petrol RON95 turun sebanyak 15 sen seliter daripada RM4.07 kepada RM3.92. Dalam masa sama, RON97 pula turun 20 sen daripada RM4.85 kepada RM4.65 seliter.

Bukan itu saja, diesel di Semenanjung Malaysia pun ikut mencatat penurunan sebanyak 10 sen, menjadikan harga baharu RM4.87 seliter berbanding RM4.97 sebelum ini.

Harga Minyak Turun, Ramai Ambil Peluang Isi Full Tank

Kalau tengok pada trend sekarang, memang ramai yang terus ambil peluang isi full tank dulu. Mana taknya, sejak beberapa minggu kebelakangan ini harga minyak memang jadi topik panas, especially bila ramai mula terasa kesan kos harian makin meningkat.

Menurut MOF, penurunan harga ini berlaku susulan penyusutan purata harga pasaran antarabangsa minggu lalu mengikut formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

Namun begitu, kerajaan menjelaskan keadaan pasaran petroleum global sebenarnya masih belum stabil sepenuhnya. Konflik di Asia Barat yang berlarutan lebih 12 minggu serta kerosakan fasiliti pengeluaran dan penapisan minyak masih memberi tekanan terhadap pasaran dunia.

Harga Subsidi Masih Dikekalkan Kerajaan

Dalam masa sama, Kerajaan MADANI turut mengekalkan harga bahan api bersubsidi secara bersasar bagi membantu rakyat menghadapi kos sara hidup semasa.

Antara harga subsidi yang masih dikekalkan termasuk:

  • RON95 menerusi BUDI95 pada RM1.99 seliter
  • Diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan pada RM2.15 seliter
  • Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi pada RM2.05 seliter
  • Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi pada RM2.15 seliter

Menariknya, kerajaan memaklumkan lebih 14 juta rakyat layak menerima subsidi BUDI95, dengan lebih 90 peratus penggunaan RON95 di Malaysia melibatkan penerima subsidi. Kalau ikut kiraan semasa, penggunaan penuh 200 liter RON95 tanpa subsidi boleh mencecah RM784 sebulan. Tapi melalui BUDI95, penerima hanya perlu bayar sekitar RM398 sahaja selebihnya ditanggung kerajaan.

“Beza Beberapa Sen Pun Tetap Lega”

Dalam erti kata lain, walaupun harga global masih turun naik, subsidi yang dikekalkan ini sedikit sebanyak bantu rakyat “survive mode” tanpa terlalu terbeban dengan kos bahan api.

Murai lihat ramai rakyat Malaysia sekarang semakin peka dengan perubahan harga minyak, sampai ada yang siap tunggu announcement malam Rabu. Semoga trend penurunan ini dapat berterusan dan sedikit sebanyak membantu rakyat mengurus perbelanjaan harian dengan lebih baik.

Pada masa sama, kerajaan turut mengingatkan rakyat supaya menggunakan bahan api secara lebih berhemah dengan merancang perjalanan dan mengurangkan trip yang tidak perlu.

Apa pun, untuk minggu ini sekurang-kurangnya ada berita yang buat ramai rasa lega sikit bila tengok angka dekat pam minyak

Thumbs

Thumbs

5

Hearts

Hearts

4

Haha

Haha

4

Star

Star

3

Sad

Sad

1

Weary

Weary

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |