Dalam keadaan komitmen makin ‘menekan’, ramai pemilik rumah mula mencari cara untuk kurangkan beban bayaran bulanan. Tapi apa yang menarik, masih ramai tak sedar bahawa simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebenarnya boleh digunakan untuk bantu bayar ansuran rumah.
Bukan sekadar untuk beli rumah, KWSP juga menyediakan kemudahan khas yang membolehkan ahli guna simpanan Akaun Sejahtera bagi menampung bayaran bulanan pinjaman perumahan, memang boleh jadi ‘lifeline’ bila kewangan tengah tight.
Apa Itu Pengeluaran KWSP Untuk Ansuran Rumah?
Secara ringkas, ini adalah kemudahan yang membolehkan anda gunakan duit KWSP untuk bayar ansuran bulanan rumah, terutamanya bila berdepan masalah kewangan.
Menariknya, bayaran ini boleh membantu sekurang-kurangnya 6 bulan atau sehingga keadaan kewangan anda kembali stabil. Jadi, kalau tengah struggle, ini antara cara untuk elakkan bayaran tertunggak.
@ecentral.myKalau korang stuck nak bayar ansuran bulanan loan rumah, boleh cuba mohon pengeluaran perumahan KWSP. KWSP akan bantu korang bayar ansuran tu at least untuk 6 bulan atau sampailah masalah kewangan korang settle. Ni ada 5 pengeluaran perumahan KWSP untuk korang beli, bina, dan settlekan baki loan rumah jugak. #loanrumah #pengeluaranperumahan #pengeluarankwsp #kwsp #belirumah
♬ original sound – eCentral – eCentral
Siapa Yang Layak?
Tak semua boleh apply, tapi kalau anda memenuhi syarat ini, peluang cerah:
- Berumur bawah 55 tahun
- Ada baki sekurang-kurangnya RM600 dalam Akaun Sejahtera
- Ada pinjaman perumahan aktif
- Ansuran bulanan dah bermula
- Rumah di Malaysia (teres, apartment, kondominium, SOHO dan lain-lain)
Menariknya, bukan warganegara pun boleh mohon selagi berdaftar sebagai ahli KWSP.
Info Penting Yang Ramai Terlepas Pandang
Sebelum terus apply, ini antara perkara penting:
- Hanya untuk satu rumah sahaja
- Boleh mohon walaupun ada tunggakan (NPL)
- Bayaran dibuat terus ke bank, bukan ke akaun anda
- Permohonan boleh dibuat 30 hari sebelum ansuran bermula
- Had umur maksimum permohonan: 54 tahun 6 bulan
Kalau pinjaman dah selesai atau rumah dijual, bayaran KWSP juga akan dihentikan secara automatik.
Cara Mohon Guna i-Akaun (Simple Step)
Tak perlu pening, semua boleh buat online:
- Log masuk i-Akaun KWSP
- Klik “Pengeluaran”
- Pilih “Permohonan Baharu”
- Pilih “Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan”
- Isi maklumat & upload dokumen
- Submit permohonan
Lepas lulus, KWSP akan terus bayar ansuran bulanan bagi pihak anda, mudah dan straight forward.
Kelebihan Guna KWSP Untuk Ansuran Rumah
- Kurangkan tekanan kewangan bulanan
- Elak tunggakan bayaran
- Bagi ‘breathing space’ untuk susun semula kewangan
- Tak perlu pinjam atau guna kad kredit
Namun begitu, perlu diingat, ini adalah duit simpanan masa depan, jadi gunakan dengan bijak.
Bagi Murai, dalam dunia yang serba serbi mahal sekarang, siapa je tak pernah rasa ‘sesak’ dengan komitmen bulanan? Tapi bila tahu ada option guna KWSP untuk cover ansuran rumah, sekurang-kurangnya ada plan B untuk terus bertahan. Satu lagi Murai perlu ingatkan, guna bila perlu, bukan sebab nak ‘senang’. Sebab akhirnya, simpanan itu juga untuk masa depan kita nanti.

7 hours ago
5








![[VIDEO] Bella Astillah Bantu Mangsa Kebakaran Di Sandakan, Netizen Puji!](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/04/3ed8aa36-dc05-4ba1-a5ab-7cd72e157f54.webp)





























![[VIDEO] Pemuda Orang Asli Tegur Sikap Influencer, Anggap Konten Kurang Sensitif](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/3-4.webp)









![[VIDEO] Istimewa Dari Isteri, Mr. E Terima Kejutan Romantis Sempena Hari Jadi](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/2.webp)





