Gambar Pernikahan Anak Perempuan Ku Nan, Nadira Dengan Anak Menteri Indonesia

10 hours ago 8

Pernikahan figura terkenal Indonesia, Tengku Nadira Adnan dan Teuku Agassi Revano Harsya kini menjadi perhatian ramai di media sosial selepas pasangan itu selamat disatukan pada Sabtu, 23 Mei 2026.

Tengku Nadira merupakan  anak perempuan  dari aktres senior Enny Beatrice dan ahli politik Malaysia Tengku Adnan Mansor, sedangkan Teuku Agassi adalah anak lelaku dari Teuku Riefky Harsya, Menteri Ekonomi Kreatif Indonesia.

Majlis akad tampil mewah dengan sentuhan tradisional moden jadi perhatian netizen

Majlis akad nikah yang berlangsung di Hotel Mulia tampil cukup mewah dengan konsep tradisional moden yang berjaya mencuri perhatian netizen. Dari dekorasi sehinggalah kepada perjalanan majlis, semuanya menjadi topik hangat di platform media sosial.

Dekorasi elegan, bridal shower unik dan momen sebak Nadira curi perhatian ramai

Ruang akad dihiasi dengan drapery lutsinar, bunga-bungaan pastel serta chandelier kristal besar yang membuatkan suasana tampak elegan dan eksklusif. Dalam masa sama, elemen budaya Jawa turut diselitkan menerusi hiasan untaian bunga melati yang menyerlahkan lagi aura tradisional pada majlis tersebut.

Dari sesi pilates hinggalah dekorasi akad, semuanya jadi bualan di media sosial

Sebelum hari pernikahan, Nadira turut mengadakan majlis pengajian dan khatam al-Quran pada 15 Mei lalu. Momen tersebut menjadi perhatian ramai apabila Nadira dilihat tidak dapat menahan air mata ketika menyampaikan ucapan buat kedua ibu bapanya.

Malah, kata-kata Nadira mengenai momen khatam itu sebagai “detik terakhir menjadi seorang anak” sebelum tanggungjawab berpindah kepada suami turut membuatkan ramai netizen sebak.

Perkahwinan pasangan figura terkenal Indonesia ini dipuji kerana tampak classy dan eksklusif

Majlis berkenaan turut dimeriahkan dengan kehadiran ramai rakan selebriti dan pempengaruh terkenal Indonesia. Antara yang dilihat hadir termasuk Syifa Hadju, Nazla Alifa dan Shania Salsabila.

Dalam pada itu, bridal shower Nadira juga tidak kurang mencuri perhatian apabila tampil dengan konsep yang agak berbeza daripada kebiasaan. Jika selalunya bridal shower diadakan dalam suasana santai dengan jamuan ringan, Nadira memilih untuk mengadakan sesi pilates bersama bridesmaids.

Acara bertemakan “Golden Bride” itu turut diselitkan dengan aktiviti seperti permainan, fashion sketch dan rawatan wajah khas buat sahabat rapatnya.

Namun paling menjadi bualan ramai pastinya dekorasi dan susun atur ruang akad yang dianggap cukup unik. Pasangan pengantin ditempatkan di tengah venue, manakala para tetamu mengelilingi kawasan akad ketika prosesi berlangsung.

Gabungan bunga putih dan merah jambu bersama lampu kristal serta kerusi rotan klasik membuatkan keseluruhan suasana tampak romantik, mewah dan hangat dalam masa sama.

Tidak hairanlah jika ramai netizen menganggap perkahwinan Tengku Nadira dan Agassi Revano antara wedding selebriti paling cantik dan classy tahun ini.

Thumbs

Thumbs

3

Hearts

Hearts

3

Haha

Haha

3

Star

Star

4

Sad

Sad

1

Weary

Weary

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |