Pelakon cantik, Fatiya Latiff tampil berkongsi realiti pahit manis dunia seni apabila mendedahkan dirinya pernah menerima mesej daripada seorang penerbit yang pada awalnya disangka ingin menawarkan peluang lakonan baharu.
Menurut Fatiya di laman threads, penerbit berkenaan menghubunginya namun tujuan sebenar bukanlah untuk menawarkan watak, sebaliknya memaklumkan bahawa dia tidak lagi akan diberikan peranan utama dalam sesebuah drama.
“Ada seorang producer ni tiba-tiba mesej saya kononnya nak ambil saya berlakon. Rupa-rupanya dia cuma nak cakap yang saya dah tak akan dapat watak utama lagi.”
Bagaimanapun, bekas heroin drama popular itu mengakui dia tidak terasa hati dengan perkara tersebut kerana memahami hakikat dunia hiburan yang sentiasa berubah mengikut peredaran masa dan populariti seseorang artis.
“Saya tak sentap. Saya tahu putaran hidup sebagai seorang pelakon macam mana. Bila kita tengah popular, berduyun-duyun producer, TV atau pemilik produk nak ambil kita berlakon dan buat review. Tapi bila dah tak ‘panas’, mereka pun dah tak pandang.”
Dalam masa sama, Fatiya berpendapat situasi itu bukan sesuatu yang luar biasa kerana kebanyakan selebriti juga akan melalui fasa yang sama dalam perjalanan kerjaya mereka.
“Keadaan ini akan jadi dekat mana-mana artis. Tinggu masa sahaja, cepat atau lambat.”
Meskipun tidak lagi menjadi pilihan utama seperti dahulu, Fatiya menjelaskan dia tidak terlalu bergantung kepada tawaran daripada syarikat atau produksi kerana kini mempunyai pekerjaan sendiri dan kehidupan yang stabil.
“Saya tak hadap sangat pun dapat job daripada mana-mana company sebab saya bekerja.”
Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai yang melihat kenyataan Fatiya sebagai gambaran jujur mengenai realiti sebenar dunia hiburan, di mana populariti seseorang artis boleh berubah seiring dengan peredaran waktu.
Thumbs
Thumbs
1
Hearts
Hearts
2
Haha
Haha
2
Star
Star
1
Sad
Sad
Weary
Weary

17 hours ago
6













![[VIDEO] Nur Sajat Luah Rasa Sebak & Terharu- “Datang Support Pun Dah Cukup Happy”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/05/picture-13-2.webp)




































![[VIDEO] Karl Shafek Terharu Datuk Seri Siti Nurhaliza Sentiasa ‘Support’ Perniagaan Kecilnya-“Terima Kasih Biduanita Negara..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-45.webp)