Perkongsian pelakon, Eyka mencuri perhatian netizen selepas dilihat berkongsi momennya meraikan hari lahir suaminya yang merupakan pemain bola sepak, Akhyar Rashid yang ke-27 tahun serta ulang tahun perkahwinan yang kedua.
Tujuh Hadiah Sempena Tujuh Tahun Perkenalan
Eyka atau nama sebenarnya Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi menerusi video yang dimuatnaik di TikTok, turut memaparkan Akhyar yang dipakaikan penutup mata sebelum dibawa ke salah sebuah bilik hotel yang dipenuhi dengan tujuh hadiah sempena tujuh tahun perkenalan mereka.
“So kita nak bawa dia pergi somewhere. Selama tujuh tahun kami bersama jadi ini adalah tujuh hadiah untuk hari lahir Akhyar dan anniversary.”-kongsi Eyka di TikTok
@misseyka.fHappy birthday my love 🤍✨
♬ original sound – Eykafarhana – Eykafarhana
“Bahagia Terus Idola..”

Di ruangan komen, rata-rata peminat menitipkan doa agar perkahwinan yang dibina berkekalan hingga ke Jannah, malah ramai yang teruja melihat gelagat comel mereka berdua meraikan momen istimewa bersama.
“Semoga kekal bahagia till Jannah dan dirahmati serta diberkati Allah dunia akhirat.”
“Semoga ikatan yang dibina dilimpahi ketenangan, cinta, dan kasih sayang, serta kekal bahagia hingga ke Jannah.”
“Bahagia terus idola.”
“Alaa so cute mama baba.”
Sekadar info, Eyka Farhana mendirikan rumah tangga dengan Akhyar Rashid pada 2 Mei 2025 selepas mengikat tali pertunangan pada November 2024.
Hasil perkahwinan, pasangan ini bakal menimang cahaya mata sulung lelaki tidak lama lagi.

7 hours ago
8
















![[VIDEO] Konsert Bukan Pertandingan Vokal! Ini Sebab Kenapa Konsert Fauziah Latiff ‘Full House’](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/05/Feature-Image-2000-Px-PHIC-50-1.webp)
















![[VIDEO] Pemuda Orang Asli Tegur Sikap Influencer, Anggap Konten Kurang Sensitif](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/3-4.webp)










![[VIDEO] Gelagat Anak Kedua Anzalna Buat Ramai Berdekah- “Tengah Bina Snowman Tiba-Tiba Nak Susu”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/4-3.webp)



