Penyanyi Dua Lipa telah memfailkan saman terhadap syarikat teknologi Korea Selatan, Samsung selepas menggunakan imejnya tanpa kebenaran pada kotak televisyen (TV).
Menurut Dua, syarikat itu telah menggunakan imejnay sejak tahun lalu sehinggakan peminat mengesyaki penyanyi itu adalah duta jenama Samsung.
Dalam tuntutan mahkamah yang difailkan melalui Mahkamah Daerah Pusat California, Dua menuntut pampasan sekurang-kurangnya $15 juta (RM 58,912,500.00).
Foto – @DUALIPA (X)Bukan itu sahaja, penyanyi itu juga menuntut keuntungan yang diperoleh oleh Samsung Electronics dan Samsung Electronics America daripada penjualan TV yang memaparkan wajahnya pada pembungkusan.
Foto – @Dexerto (X)Gambar Dua yang digunakan tanpa kebenaran, adalah daripada persembahannya di festival muzik Austin City Limits 2024 dan telah didaftarkan dengan Pejabat Hak Cipta Amerika Syarikat.
Melalui peguamnya, Dua telah menghantar surat amaran kepada Samsung untuk berhenti menggunakan imejnya bermula Jun 2025. Walau bagaimanapun, masih terdapat banyak kotak TV yang memaparkan imejnya di Amerika Syarikat.
Foto – @thepophive (X)Malah Dua turut berang apabila pembungkusan itu menggalakkan bakal pelanggan membeli TV Samsung, sedangkan dia tidak menerima sebarang keuntungan daripada jualan itu.
Saman itu turut merangkumi petikan daripada peminat di media sosial, yang memutuskan untuk membeli TV Samsung kerana ia memaparkan wajah Dua Lipa pada kotaknya.

3 weeks ago
56















![[VIDEO] Fesyen Aisha Retno Raih Pujian Zila Bakarin- “Satu-Satunya Artis Jimat Kos”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/06/2.webp)























![[VIDEO] Karl Shafek Terharu Datuk Seri Siti Nurhaliza Sentiasa ‘Support’ Perniagaan Kecilnya-“Terima Kasih Biduanita Negara..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-45.webp)

![[VIDEO] Lan Pet Pet Mohon Maaf Secara Bersemuka Dengan Fazura, Netizen Puji!](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/78264b39-e0e1-4128-8d9b-aaf1c4ca82c5.webp)

![[VIDEO] Datin Shahida Janji Lagu Raya Aliff Syukri Bakal Baik-Baik Sahaja-“Sebab Mama Ada Dalam Lagu Ni..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/a0abde1b-7de2-412a-8b81-ee12da22a85c.webp)





