MURAI berpeluang mencuba sendiri Samsung Galaxy A57 5G sebelum pelancarannya, dan secara keseluruhan, pengalaman penggunaan peranti ini memberi gambaran jelas bahawa Samsung semakin serius mengangkat standard segmen mid-range mereka.
Perkara pertama yang paling ketara apabila unit ini berada di tangan ialah rekaan fizikalnya. Dengan ketebalan hanya 6.9mm, Galaxy A57 5G terasa sangat nipis, ringan dan selesa digunakan dalam tempoh yang lama.
Ia memberi pengalaman pegangan yang lebih premium berbanding jangkaan biasa untuk siri Galaxy A. Namun, dalam masa yang sama, bahagian belakangnya mempunyai kemasan yang agak mudah meninggalkan kesan cap jari, terutama apabila digunakan tanpa sarung.
Walaupun begitu, isu ini tidak terlalu mengganggu kerana ia boleh diatasi dengan penggunaan casing, dan secara praktikalnya ramai pengguna memang akan melindungi peranti mereka dengan sarung.
Dari segi paparan, Samsung kekal dengan kekuatan utamanya. Skrin Super AMOLED yang digunakan memberikan pengalaman visual yang terang, tajam dan hidup. Bezel yang lebih nipis turut menjadikan paparan kelihatan lebih luas dan moden, sekali gus meningkatkan pengalaman menonton dan penggunaan harian, sama ada untuk kandungan video mahupun media sosial.
Hasil Gambar Lebih Konsisten
Bahagian kamera pula menjadi antara aspek paling menonjol. Dengan sensor utama 50MP, hasil gambar yang dihasilkan kelihatan konsisten dalam pelbagai situasi pencahayaan. Sama ada di kawasan terang atau dalam ruang yang lebih malap, warna yang dihasilkan kekal seimbang dan tidak keterlaluan.
Pada waktu siang memang tiada masalah dari segi ketajaman menggunakan kamera utama pada zoom x1. Malah bila diuji sehingga zoom x10, imej masih nampak jelas dan tidak terlalu pecah. Bagi MURAI, ini antara kekuatan yang agak mengejutkan kerana kebanyakan telefon dalam kategori ini biasanya mula hilang detail apabila zoom digunakan terlalu jauh.
Hasil dari 0.6x Wide Angle
Hasil dari 10x ZoomWaktu malam pula menjadi lebih menarik apabila hasil gambar kelihatan lebih cerah dan lembut tanpa nampak terlalu diproses. Walaupun zoom digunakan sedikit dalam keadaan cahaya rendah, kualiti masih memuaskan dan subjek tetap mudah dikenali. Secara keseluruhan, kamera utama memang memberi pengalaman yang stabil sama ada untuk tangkap gambar santai, makanan mahupun suasana malam.
Hasil dari 0.6x Wide Angle
Hasil dari 2x ZoomPenambahbaikan pada pemprosesan imej juga membantu menghasilkan gambar yang lebih jelas, termasuk ketika merakam subjek yang bergerak. Menariknya, prestasi dalam situasi bergerak seperti aktiviti luar atau acara keluarga turut menunjukkan peningkatan yang ketara. Gambar masih dapat dirakam dengan jelas tanpa kesan kabur yang ketara, sesuatu yang biasanya agak mencabar untuk peranti dalam kategori ini.
Untuk fotografi malam, Galaxy A57 5G menunjukkan hasil yang lebih meyakinkan. Gambar kelihatan lebih terang, kurang noise dan mempunyai tahap kejelasan yang lebih baik berbanding jangkaan awal. Dalam beberapa situasi, hasilnya kelihatan hampir menyamai suasana sebenar, malah kadangkala lebih terang daripada keadaan asal.
Dari aspek prestasi harian, peranti ini memberikan pengalaman yang stabil dan lancar. Aplikasi dibuka dengan pantas, pertukaran antara tugas berjalan tanpa gangguan, dan penggunaan keseluruhan terasa konsisten tanpa masalah lag yang ketara. Tahap kestabilan ini menjadikan pengalaman penggunaan lebih meyakinkan untuk kegunaan harian.
Bateri berkapasiti 5,000mAh
Bateri berkapasiti 5,000mAh turut menyokong penggunaan sepanjang hari dengan baik. Dalam penggunaan biasa yang melibatkan fotografi, komunikasi dan pelayaran media sosial, peranti ini masih mampu bertahan tanpa perlu dicas berulang kali dalam sehari.
Secara keseluruhan, pengalaman MURAI dengan Galaxy A57 5G menunjukkan bahawa peranti ini bukan sekadar sebuah telefon pertengahan biasa. Ia menawarkan keseimbangan yang baik antara reka bentuk, prestasi dan kamera, dengan hanya beberapa kekurangan kecil seperti kesan cap jari pada bahagian belakang yang masih boleh diatasi dengan penggunaan sarung.
Selebihnya, ia kekal sebagai pilihan yang sangat kompetitif dalam kelasnya, hampir mendekati pengalaman peranti flagship dalam penggunaan harian.
Thumbs
Thumbs
5
Hearts
Hearts
3
Haha
Haha
1
Star
Star
1
Sad
Sad
1
Weary
Weary

15 hours ago
9






![[VIDEO] Gelagat Kacak Cari Hadiah Untuk Hari Lahir Cik B, Netizen ‘Seram’ Dengar Harga!](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/05/7f2aa4c4-1c5b-4d27-8510-78fe08f0cae6.webp)

![[VIDEO] Shuib Bawa Mamat Ziarah Kubur Arwah Siti Sarah, Netizen Titip Doa-“Pedih Bang Lalu Benda Macam Ni..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/05/28d67e29-4227-4184-9391-aba0de20cceb.webp)













![[VIDEO] Athierah Tampil Dengan Single ‘Berdiri’](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/05/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-7-2.webp)






























