Achey Bantah Penganjuran ‘Festival Rain Rave’ Di Bukit Bintang, Netizen Setuju!-“Memang Tak Perlu Diadakan..”

7 hours ago 7

Pelawak dan pelakon, Achey tampil menyuarakan bantahannya terhadap penganjuran festival air Rain Rave yang akan berlangsung di Bukit Bintang, Kuala Lumpur dari 30 April hingga 2 Mei ini.

Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah menerusi video yang dimuatnaik di Instagram, menyifatkan penganjuran festival air tersebut bakal memberikan banyak kesan-kesan buruk terhadap sosial .

“Saya Mohd Nasir bin Hamzah, dekat sini saya mahu beritahu yang saya dari sudut peribadi tidak menyokong sama sekali dan membantah program Rain Rave yang akan berlangsung di Bukit Bintang.

Pada pandangan saya, banyak kesan-kesan buruk sosial yang akan berlaku. Saya minta maaf, mungkin ada rakan-rakan selebriti juga terlibat dalam program tersebut, dan saya bukan nak menidakkan rakan-rakan selebriti yang lain cuma saya tidak menyokong program tersebut.”-kata Achey di Instagram

Netizen Setuju!

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan bantahan Achey mengenai festival air tersebut, malah ramai yang berterima kasih kepada pelawak ini kerana menyuarakan pendapatnya itu.

“Saya menyokong kuat pandangan Achey kerana ianya lebih banyak pengaruh dan kesan negatif kepada masyarakat setempat.”-Fauzi Nawawi

“Memang tak perlu diadakan kerana Malaysia merupakan nagara yang agama rasminya, Islam.

“Sedih kerosakan demi kerosakan dalam negara sedang berlaku. Kita rakyat Malaysia dan menghormati Rukun Negara.”

“Terbaik Achey. Tanggungjawab anda sebagai seorang yang berpengaruh telah selesai. Berani kerana benar.”

“Tak semua artis/ influencer macam abang, ada yang pilih untuk diam dan rancang akan pergi, tapi abang diberi kelebihan untuk menyuarakan pendapat.”

Sekadar info, Rain Rave Festival 2026 merupakan festival muzik air pertama yang dianjurkan di Malaysia dengan konsep hiburan berteraskan muzik, air, budaya, dan gaya hidup moden.

Berlangsung selama tiga hari di sekitar Pavilion dan Bukit Bintang, festival air ini dianjurkan untuk menarik pelancong tempatan dan juga antarabangsa selain merancakkan ekonomi setempat.

Apa komen anda?

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |