Seiring peralihan Malaysia ke arah masyarakat menua, jenama kasut tempatan ABARO tampil dengan solusi ringkas dan praktikal menerusi Tropix HideTech Sneakers.
Rangkaian ini menandakan kali pertama inovasi HideTech diperkenalkan dalam koleksi kasut dewasa. Ianya direka khas untuk menyokong penjagaan harian insan tersayang sambil memberikan ketenangan fikiran kepada seisi keluarga.
Foto – ABAROMenggunakan teknologi HideTech, Tropix HideTech Sneakers diadaptasikan untuk kegunaan dewasa menerusi rekaan poket tersembunyi. Ianya membolehkan alat penjejak GPS disimpan dengan selamat bagi membantu pemantauan lokasi oleh ahli keluarga apabila diperlukan.
Fungsi ini hadir seiring perubahan keperluan pengguna masa kini apabila semakin ramai perlu mengimbangi diantara tuntutan kerja dan tanggungjawab penjagaan ibubapa.
Selain itu kasut ini turut direka untuk keselesaan harian yang praktikal, dengan ciri-ciri seperti:
- Kusyen Comfort Max Pro di tapak dalam dengan sokongan lengkungan kaki adaptif untuk keselesaan berpanjangan.
- Tapak luar getah, GripTech untuk cengkaman kukuh serta kestabilan langkah.
- Tali elastik untuk pemakaian mudah tanpa perlu mengikat.
- Rekaan ringan yang menyokong pergerakan lebih selesa sepanjang hari.
Foto – ABAROIa ditawarkan dalam tiga pilihan warna, iaitu biru, kelabu dan hitam, sesuai untuk gaya harian yang versatil.
Diperkenalkan sempena sambutan Hari Ibu Bapa Sedunia, Tropix HideTech Sneakers membawakan makna lebih daripada sekadar hadiah. Ia melambangkan perhatian, keprihatinan dan kefahaman terhadap keperluan keluarga hari ini.
Foto – ABAROBersempena meraikan sambutan yang istimewa ini, ABARO menawarkan pakej istimewa Tropix HideTech Sneakers bersama GP eTag Smart Tracker pada harga RM99 (harga runcit RM259). Sah sehingga 15 Jun 2026, pakej istimewa ini tertakluk kepada terma dan syarat.
Koleksi ini boleh didapati di Shopee dan laman web rasmi ABARO.

4 hours ago
4













![[VIDEO] Zul Ariffin ‘Disindir’ Penasihat Kesihatan Selepas Dilihat Sedang Merokok?-“Tahniah..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/05/88498868-7975-464f-a0b1-5e3e93542fda.webp)


































