9 Gelanggang Bertemakan Tropika, Las Palmas Pickleball Club Kini Jadi Port Baru Warga KL!

4 hours ago 3

Trend sukan pickleball kini semakin mendapat tempat dalam kalangan rakyat Malaysia, lebih-lebih lagi golongan muda yang gemarkan aktiviti santai tetapi aktif.

Las Palmas Pickleball Club terletak di kawasan Universiti Malaya, Kuala Lumpur iaitu di belakang Bangunan Canseleri, dan tampil dengan konsep tropika terbuka yang memberikan suasana tenang dan nyaman sepanjang permainan berlangsung.

Ada 9 Gelanggang Bertemakan Tropika

Apa yang menarik di sini, Las Palmas menyediakan sembilan gelanggang outdoor dengan permukaan hard court lengkap bersama garisan dan jaring kekal. Menariknya lagi, saiz gelanggang di sini juga lebih luas daripada gelanggang biasa bagi memberikan lebih ruang untuk pemain bergerak dengan selesa.

Dengan konsep open-air dan dekorasi tropika, pengalaman bermain di sini terasa lebih santai dan menyeronokkan, seolah-olah sedang bercuti sambil bersukan.

Selain itu, gelanggang di sini turut dilengkapi lampu untuk permainan waktu malam, jadi kalian masih boleh bermain selepas waktu kerja atau pada lewat malam bersama rakan-rakan.

Kemudahan Lengkap Untuk Pengunjung

Bagi memberikan keselesaan kepada pemain, Las Palmas Pickleball Club turut menyediakan beberapa kemudahan seperti:

  • Tempat parking percuma
  • Bilik mandi
  • Pro shop
  • Minuman

Pengunjung juga boleh menyewa paddle dan bola sekiranya tidak mempunyai peralatan sendiri.

Harga Sewa Gelanggang Las Palmas Pickleball Club

Gambar: Instagram @laspalmas.pickleballclub

Indoor Championship Court Rental

Ahad hingga Khamis

  • 8.00 pagi – 11.00 pagi : RM60 sejam
  • 11.00 pagi – 5.00 petang : RM50 sejam
  • 5.00 petang – 12.00 malam : RM90 sejam
  • 12.00 malam – 2.00 pagi : RM50 sejam

Jumaat hingga Sabtu

  • 8.00 pagi – 11.00 pagi : RM60 sejam
  • 11.00 pagi – 5.00 petang : RM50 sejam
  • 5.00 petang – 12.00 malam : RM90 sejam
  • 12.00 malam – 2.00 pagi : RM60 sejam

Outdoor Court Rental

Ahad hingga Khamis

  • 8.00 pagi – 11.00 pagi : RM40 sejam
  • 11.00 pagi – 5.00 petang : RM30 sejam
  • 5.00 petang – 12.00 malam : RM60 sejam
  • 12.00 malam – 2.00 pagi : RM30 sejam

Jumaat hingga Sabtu

  • 8.00 pagi – 11.00 pagi : RM40 sejam
  • 11.00 pagi – 5.00 petang : RM30 sejam
  • 5.00 petang – 12.00 malam : RM60 sejam
  • 12.00 malam – 2.00 pagi : RM40 sejam

Harga Sewa Peralatan

  • 1 paddle : RM5 setiap sesi
  • Combo 2 paddle + 1 bola percuma : RM10 setiap sesi
  • Sewa bola : RM3 setiap sesi
  • Beli bola : RM10

Lokasi Sesuai Untuk Lepak Sambil Bersukan

Las Palmas Pickleball Club sesuai untuk semua peringkat pemain sama ada baru ingin mencuba ataupun sudah aktif bermain pickleball. Suasana santai dengan tema tropika menjadikan tempat ini bukan sahaja sesuai untuk bersukan, tetapi juga untuk meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan.

Kalau kalian sedang mencari aktiviti hujung minggu yang lebih aktif dan menyeronokkan di Kuala Lumpur, mungkin sudah tiba masanya untuk cuba bermain pickleball di Las Palmas Pickleball Club.

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |