AmanahRaya terus memperkukuh komitmen terhadap agenda Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) menerusi program “AmanahRaya Love & Care: 5R & Trash for Cash” dengan kerjasama SWCorp Wilayah Persekutuan.
Inisiatif ini bukan sekadar kutipan kitar semula, tetapi usaha berterusan memupuk budaya kerja mampan, pengurusan sisa berhemah dan meningkatkan kesedaran alam sekitar dalam kalangan warga kerja.
Program yang diadakan di Vista Tower, The Intermark Kuala Lumpur ini merupakan sebahagian daripada pelan ESG AmanahRaya ke arah sasaran kelestarian 2030, dengan fokus mengurangkan sisa operasi dan membudayakan amalan mesra alam di seluruh organisasi.
Pelbagai aktiviti turut dijalankan termasuk kempen kitar semula, sesi kesedaran 5R, panduan pengasingan sisa oleh SWCorp serta pameran berkaitan ESG, inovasi kitar semula dan gaya hidup lestari.
Pemangku Pengarah Urusan Kumpulan yang juga Ketua Pegawai Perniagaan dan Operasi Kumpulan AmanahRaya, Jack Yap Ngee Heong berkata usaha ini membuktikan kesungguhan syarikat dalam menjadikan kelestarian sebahagian daripada budaya kerja harian.
“Kelestarian ialah tanggungjawab bersama. Perubahan boleh bermula daripada perkara kecil di tempat kerja. Program seperti ini membantu menyemai kesedaran terhadap alam sekitar,” katanya.
Program ini menerima sambutan menggalakkan dengan kira-kira 730 kilogram bahan kitar semula berjaya dikumpulkan.
Sejak pelan ESG diperkenalkan pada 2023, AmanahRaya melaksanakan pelbagai inisiatif termasuk pengurangan penggunaan kertas melalui pendigitalan, pengurangan percetakan serta menghentikan penggunaan botol plastik sekali guna dalam program dalaman dan luaran.
Usaha ini juga telah melepasi sasaran awal pengurangan sisa operasi sebanyak 10%.
AmanahRaya kini komited untuk mencapai pengurangan sisa operasi sehingga 30% menjelang 2030 melalui amalan mampan dan penglibatan warga kerja secara berterusan.
Sebagai Pemegang Amanah Awam tunggal di Malaysia, Amanah Raya Berhad percaya kelestarian bukan sekadar tanggungjawab korporat, tetapi usaha yang memberi impak positif kepada perniagaan, masyarakat dan alam sekitar.
Thumbs
Thumbs
1
Hearts
Hearts
3
Haha
Haha
5
Star
Star
4
Sad
Sad
Weary
Weary

5 hours ago
5








![[VIDEO] Athierah Tampil Dengan Single ‘Berdiri’](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/05/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-7-2.webp)









![[VIDEO] Ain Edruce Realisasi Impian Soraya Naik Disney Cruise Sempena Hari Lahir, Curi Perhatian Netizen!](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/05/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-3-4.webp)
![[VIDEO] Rozita Che Wan Larang Anak Bongsu Jadi Selebriti- “Mommy Nak Aaisyah Jadi Ustazah”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/05/picture-50.webp)































