Bermula sebagai snek ringkas, karipap IKEA Malaysia kini menjadi kegemaran seluruh negara.
IKEA Malaysia secara rasmi diiktiraf oleh Malaysia Book of Records bagi kategori ‘Jualan Karipap Terbanyak dalam Setahun’, selepas mencatat jualan luar biasa sebanyak 8.6 juta karipap di seluruh negara.
Selama tiga dekad, karipap IKEA Malaysia bukan sekadar kudapan santai. Ia telah sebati dengan rutin harian rakyat Malaysia, sama ada dinikmati selepas membeli-belah ataupun ketika berkumpul bersama keluarga dan sahabat.
Foto – IKEA MalaysiaPencapaian ini mencerminkan komitmen IKEA Malaysia dalam menawarkan makanan yang mampu milik, mudah diakses, dan berfokuskan kualiti.
Daripada Rekod Nasional Kepada Sambutan Bersama Rakyat Malaysia
Bersempena pencapaian ini, IKEA Malaysia turut mengajak rakyat Malaysia untuk bersama-sama memeriahkan sambutan ini menerusi kempen #IKEAripapYourWay.
Diilhamkan daripada pengiktirafan Malaysia Book of Records, kempen ini menggalakkan rakyat Malaysia untuk mencipta dan berkongsi ‘rekod’ versi mereka sendiri bersama karipap IKEA.
Sempena ulang tahun ke-30, IKEA Malaysia terus komited untuk mencipta pengalaman harian yang lebih baik buat ramai rakyat Malaysia. Sama ada melalui kelengkapan rumah mahupun makanan enak yang mengiringi perjalanan perjalanan ini.
Untuk maklumat lanjut tentang tawaran makanan IKEA, layari: www.ikea.com/my/en/stores/restaurant/.

3 weeks ago
63















![[VIDEO] Fesyen Aisha Retno Raih Pujian Zila Bakarin- “Satu-Satunya Artis Jimat Kos”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/06/2.webp)























![[VIDEO] Karl Shafek Terharu Datuk Seri Siti Nurhaliza Sentiasa ‘Support’ Perniagaan Kecilnya-“Terima Kasih Biduanita Negara..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-45.webp)

![[VIDEO] Lan Pet Pet Mohon Maaf Secara Bersemuka Dengan Fazura, Netizen Puji!](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/78264b39-e0e1-4128-8d9b-aaf1c4ca82c5.webp)

![[VIDEO] Datin Shahida Janji Lagu Raya Aliff Syukri Bakal Baik-Baik Sahaja-“Sebab Mama Ada Dalam Lagu Ni..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/a0abde1b-7de2-412a-8b81-ee12da22a85c.webp)





