[VIDEO] Sajat Menari Seksi, Undang Teguran Netizen!-“Bulan Puasa Ni, Kamu Tu Islam…”

4 hours ago 2

Usahawan kosmetik sensasi, Nur Sajat kembali mencetuskan pelbagai reaksi selepas memuatnaik satu video di media sosial, baru-baru ini.

Menerusi video yang dimuatnaik oleh Sajat di Instagram, memaparkan Sajat yang berpakaian seksi itu sedang lincah menari ketika memenuhi undangan yang diterimanya di Sydney, Australia.

“Thank you, Sydney Mardi Gras from Neon Galaxy opening night until the very last show. The energy never stopped. Loud, colourful, full of love. ❤️‍🔥”-kapsyen Sajat di Instagram

“Hormatilah Bulan Mulia Ni, Kamu Tu Islam…”

Walaubagaimanapun, lain pula reaksi netizen di ruangan komen yang memberikan teguran dan kecaman terhadap Sajat yang disifatkan tidak menghormati kesucian bulan Ramadan.

“Hormatilah bulan mulia ni, kamu tu Islam.”

“Kalau lah Syaza & Syahmi tengok abah dia macam ni, mesti sedih sangat. Inikah seorang insan yang membesarkan aku selama ini?.”

“Kesian kau Jat, cuba kau niaga je elok-elok tak payah buat hal dulu kat Malaysia tak ada lah kau bersusah payah macam ni. Entah laa terkomen juga selalu aku tengok sambil berkata-kata dalam hati je.”

“Apa yang kau banggakan sangat berjoget separuh separuh bogel ni Jat, kena la ada rasa malu sikit kat anak-anak yang makin membesar, jagalah perasaan mereka, walaupun kau jalankan tanggungjawab dengan baik tapi mereka besar nanti mesti akan rasa malu & sedih ko masih nak hidup dengan dunia macam ni. Sekarang bulan puasa, sepatutnya kau jangan la post video yang buat kau lagi dikecam. Apa yang kau cuba buktikan sebenarnya? Kau bangga ke?. Dah la Jat, dunia dah sampai ke penghujungnya, aku kesian tengok kau ni, masih belum terlambat Jat.”

Sama-sama kita doakan yang terbaik sahaja agar Sajat mendapat hidayah Allah SWT..Apa komen anda?

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |