Pelakon, Kamal Adli Mencetuskan pelbagai reaksi netizen selepas memuatnaik satu hantaran mengenai tempoh iddah.
Kamal atau Ahmad Kamal Ahmad Adli menerusi hantaran di Threads, menyatakan bahawa dia sehabis baik menjaga batas ketika dalam tempoh iddah selain tidak cuba untuk rapat dengan mana-mana wanita walau di luar waktu kerja.
“Dalam tempoh sekarang ni memang kena jaga semua benda kan? Even dalam kerja kan? Even satu side dalam iddah.
Sehabis baik menjaga semua. Buat lawak, buat happy. Tak cuba nak rapat dengan mana-mana perempuan even bukan waktu kerja.”-tulis Kamal di Threads
“Yang Ada Cuma Anak Je..”
Tambahnya lagi, dia hanya mempunyai seorang anak, Hawra Uqaira sahaja selain menitipkan ucapan terima kasih buat para netizen yang sentiasa menemaninya itu.
“Yang ada cuma anak je dan bukan nak gedik-gedik kat mana-mana tempat. Hmm. Hahaha pendam ni sakit jugak ye.
Rakyat, terima kasih sentiasa teman saya. Allah bless semua orang. Saya sumpah korang kaya raya dan bahagia.”-tambah Kamal

“Terima Kasih Sebab Hormatkan Waktu Iddah Isteri…”
Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi mereka, malah ramai yang memuji sikap Kamal yang menghormati tempoh iddah bekas isterinya yang juga pelakon, Uqasha Senrose.
“Ya Allah korang ni, Kamal means that his ex wife masih dalam iddah. Which means sentiasa ada peluang untuk rujuk. So dia jaga batas dengan wanita lain.”
“Terima kasih sebab hormatkan waktu iddah isteri. Ini yang sepatutnya lelaki lakukan. Bukan tak nyempat-nyempat nak jump to another relationship without empathy to your ex.”
“Dengar tu, ni baru lelaki hebat. Hormat waktu iddah bekas isteri, kami doakan semoga dipermudahkan segala urusanmu dan semoga doa-doa mu dimakbulkan Allah SWT.”
“Wei baiknya dia, hormat bekas isteri dalam iddah. Kalau lelaki lain ni terus cari lain dah.”
Sekadar info, Kamal Adli mendirikan rumah tangga bersama Uqasha Senrose pada November 2021. Walaubagaimanapun, pasangan ini membuat keputusan untuk bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 12 Januari 2026.
Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira.
Sama-sama kita doakan yang terbaik sahaja buat mereka..Apa komen anda?

18 hours ago
7











![[VIDEO] Ushera Hadir Dengan ‘Warna Warni Hari Raya’](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/img_3290.webp)







![[VIDEO] Mekyunn & Ibu Bapa Berjaya Puasa Pada 1 Ramadhan](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/a85edd03-eddc-49da-a4ff-435bdde2f68b.webp)





























