Kalau anda rakyat Sabah, Skim Insurans Rakyat Sabah (SIRS) boleh jadi penyelamat bila berlaku kemalangan. Tapi sebelum teruja untuk buat tuntutan, ada beberapa perkara penting yang perlu anda tahu supaya prosesnya lancar dan tiada masalah kemudian.
Pertama, skim ini menyediakan perlindungan kemalangan diri bagi kematian atau hilang upaya kekal akibat kemalangan, termasuk perbelanjaan pengebumian. Ia bukan untuk rawatan hospital atau pembedahan, fokusnya adalah pampasan kewangan. Jadi jangan harap untuk cover bil hospital, sebab itu bukan tujuan skim ini.
Kedua, kelayakan adalah automatik. Anda layak jika berumur 30 hari hingga 80 tahun, lahir di Sabah, dan kad pengenalan mengandungi kod negeri 12, 47, 48, atau 49. Tiada pendaftaran diperlukan. Bayi baru lahir juga dilindungi sebaik sahaja umur 30 hari. Malah, walaupun anda kini menetap di luar Sabah, selagi lahir di Sabah, anda tetap dilindungi.
Ketiga, tempoh skim berkuat kuasa dari 1 Mei 2025 hingga 30 April 2028, dengan perlindungan 24 jam sehari, tujuh hari seminggu, meliputi seluruh dunia kecuali negara yang disekat oleh Malaysia. Jika berlaku kemalangan, tuntutan perlu dikemukakan dalam tempoh 60 hari. Setelah dokumen lengkap diterima, pembayaran pampasan akan dibuat dalam tempoh 14 hingga 30 hari.

Keempat, proses tuntutan memerlukan borang yang boleh dimuat turun dari laman rasmi Progressive Insurance Bhd (PIB) atau diperoleh di pejabat cawangan, pejabat daerah, atau majlis daerah. Dokumen sokongan berbeza mengikut jenis tuntutan.
Bagi kematian akibat kemalangan, sijil kematian yang disahkan, laporan polis, dan bukti pertalian seperti sijil nikah atau surat beranak diperlukan. Bagi hilang upaya kekal, laporan perubatan dan laporan polis untuk kemalangan kenderaan bermotor perlu disertakan. Semua dokumen boleh dihantar melalui WhatsApp, email, atau diserahkan terus ke pejabat cawangan PIB.
Kelima, ada beberapa pengecualian dan limitasi yang perlu anda tahu. Skim ini tidak melindungi mereka yang bertugas dalam pekerjaan berisiko tinggi seperti askar, polis, kru penerbangan, pelombong, pekerja luar pesisir minyak dan gas, kecuali ketika off-duty. Aktiviti pengganas, sengaja mencederakan diri, sukan berisiko tinggi, dadah, jangkitan penyakit berjangkit semasa pandemik, serta kematian akibat penyakit juga tidak dilindungi. Manfaat yang diberikan pula termasuk kematian akibat kemalangan (RM10,000), hilang upaya kekal sehingga RM10,000 mengikut peratusan kehilangan, dan khairat pengebumian RM500.
Kalau anda perlukan bantuan, Progressive Insurance Bhd ada hotline di 088-355 789, WhatsApp 018-211 8239, dan email [email protected]
Dengan faham lima perkara ini, proses tuntutan anda boleh berjalan lancar tanpa stress, dan pampasan boleh membantu meringankan beban keluarga bila berlaku kemalangan.

15 hours ago
10






![[VIDEO] Gelagat ‘Random’ Ella Kucup Bibir Suami Buat Ramai Senyum Sendiri](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/Screenshot-2026-02-16-at-12.48.10-PM.webp)

![[VIDEO] “Cantiknya Anak Awie”- Wajah Arni Nazira Zaman Muda Kembali Jadi Sebutan](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/Screenshot-2026-02-16-at-11.54.29-AM.webp)


![[VIDEO] Penampilan Isteri Prince Syed Ketika Berniaga Cetus Kritikan Netizen-“Terus Pakai Inner..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/bb6fe928-26f5-45c1-9a52-c2a54b15fdbe.webp)

































![[VIDEO] Haunted Highlands? Jeritan & Misteri Kembali ‘Hantui’ Genting Highlands](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/WhatsApp-Image-2025-10-17-at-22.03.13-e1761030586910.jpeg)



