Doktor pergigian, Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, atau mesra disapa sebagai Dr. Fie kembali menjadi perhatian selepas muncul dakwaan bahawa dia kini berada dalam fasa kehidupan lebih bahagia selepas bercerai dengan bekas suami, Nubhan.
Memetik beberapa kenyataan daripada media tempatan, Dr. Fie didakwa sedang ‘berkawan’ dengan seorang jejaka tampan. Apa yang membuatkan ia lebih menarik, hubungan tersebut telah mendapat restu daripada kedua-dua keluarga.
Dakwaan itu menjadi lebih kuat apabila ada sumber mendakwa melihat gambar Dr. Fie bersama beberapa individu di hadapan pesawat peribadi. Gambar tersebut seolah memberi bayangan bahawa jejaka tampan itu mempunyai latar belakang yang bukan calang-calang orangnya.
Foto – @drfietawfek (IG)Walau bagaimanapun, Dr. Fie tidak memberi sebarang penjelasan berkaitan isu tersebut. Apa pun, sama-sama kita doakan kebahagiaan Dr. Fie sekeluarga.
Untuk rekod, Dr. Fie Tawfek dan penyanyi Nubhan sah bercerai talak dua pada Disember 2025 selepas 10 tahun mendirikan rumah tangga. Bekas pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata.
Thumbs
Thumbs
4
Hearts
Hearts
2
Haha
Haha
1
Star
Star
2
Sad
Sad
1
Weary
Weary

9 hours ago
8


![[VIDEO] Noor Azizah Anggap Malaysia Zalim? Rakyat Beri Nasihat Buat Pelarian Rohingya](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/06/Feature-Image-2000-Px-PHIC-87.webp)

































![[VIDEO] Karl Shafek Terharu Datuk Seri Siti Nurhaliza Sentiasa ‘Support’ Perniagaan Kecilnya-“Terima Kasih Biduanita Negara..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-45.webp)












