Menjelang 2026, harga tong gas kembali menjadi perhatian ramai, khususnya melibatkan perbezaan antara gas bersubsidi dan gas komersial.
Namun, penting untuk difahami bahawa harga tong gas bersubsidi untuk kegunaan isi rumah sebenarnya masih kekal, seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
Harga Tong Gas Bersubsidi Masih Kekal
Menurut ketetapan kerajaan, harga runcit Liquefied Petroleum Gas (LPG) bersubsidi masih dikawal pada kadar RM1.90 sekilogram (kg).
Ini menjadikan harga tong gas seperti berikut:
- 10kg – RM19.00
- 12kg – RM22.80
- 14kg – RM26.60
Harga ini terpakai untuk tong gas bersubsidi (warna hijau, kuning dan jingga) dan digunakan oleh kebanyakan isi rumah di Malaysia. Bagaimanapun, caj tambahan mungkin dikenakan jika pengguna memilih perkhidmatan penghantaran ke rumah.
Isu Kenaikan Hanya Libatkan Gas Komersial
Apa yang sebenarnya ‘naik harga’ adalah gas komersial, bukan gas kegunaan rumah.
Antara yang terlibat:
- Tong ungu C14C (14kg komersial)
- Tong gas C50 (50kg industri)
Untuk C14C, kenaikan dianggarkan sekitar RM14 satu tong, manakala C50 pula meningkat sekitar RM50 ssatu tong.
Secara keseluruhan, kenaikan ini berada dalam julat:
- C14C – sekitar 15% hingga 20%
- C50 – sekitar 18% hingga 23%
Siapa Yang Akan Terjejas?
Kenaikan ini dijangka memberi kesan kepada sektor perniagaan dan industri, antaranya:
- Restoran dan katering
- Bakeri
- Dobi
- Hotel dan penginapan
- Industri kecil dan sederhana (SME)
Namun, peniaga kecil seperti gerai atau warung masih dibenarkan menggunakan gas subsidi dengan syarat tidak melebihi had penggunaan tertentu.
Beza Gas Subsidi & Komersial
Secara ringkas, perbezaan utama adalah:
Gas subsidi:
- Harga dikawal kerajaan
- Digunakan untuk isi rumah
- Lebih stabil dan murah
Gas komersial:
- Harga ikut pasaran
- Digunakan industri dan perniagaan
- Lebih mahal dan berubah-ubah
Tips: Cara paling mudah nak bezakan? Tengok warna tong gas dan jenis penggunaan.
Faktor Yang Pengaruhi Harga
Antara faktor yang mempengaruhi harga LPG termasuk:
- Dasar subsidi kerajaan
- Harga minyak mentah global
- Kos logistik dan pengangkutan
- Permintaan dan penawaran pasaran
Walaupun begitu, harga gas bersubsidi masih dikekalkan bagi memastikan rakyat tidak terbeban.
Sekadar info tambahan, selain LPG harga minyak masak juga kekal stabil. Harga minyak masak paket 1kg subsidi juga kekal pada RM2.50, manakala minyak masak botol 5kg sekitar RM29 hingga RM30.90, bergantung kepada premis jualan.
Panduan Untuk Pengguna
Sebagai pengguna, anda disarankan untuk:
- Semak harga rasmi sebelum membeli
- Minta resit sebagai bukti pembelian
- Periksa caj penghantaran jika ada
Jika terdapat peniaga menjual melebihi harga kawalan, aduan boleh dibuat melalui saluran rasmi KPDN.
Bagi Murai, isu harga tong gas ini selalu jadi topik ‘panas’, tapi kali ini jelas bahawa yang naik hanyalah gas komersial, bukan gas kegunaan rumah. Jadi, untuk pengguna biasa tak perlu panik. Harga masih kekal dan terkawal. Cuma bagi peniaga, memang kena bersedia sedikit kerana kos operasi mungkin meningkat. Apa pun, langkah kerajaan kekalkan harga subsidi ini memang penting supaya rakyat masih boleh ‘bernafas’ dalam keadaan kos sara hidup yang semakin mencabar.

12 hours ago
5








































![[VIDEO] Leona Kongsi Keadaan Kereta Calar ‘Gesel’ Dinding Parking, Netizen Terhibur!-“Naik Kereta Kebal Je Laa.”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/93a02370-7602-44b5-bc9a-2762e864d6cc.webp)









![[VIDEO] Selepas Pokok Bunga, Aliff Syukri Jual Batu Pula- “300 Biji Sold Out!”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/3-12.jpg)


