Chef selebriti, Datuk Chef Wan tampil memberikan penjelasan selepas tular video di media sosial yang memaparkan tindakannya mencuit pendakwah selebriti, Iddin Ramli yang membaca doa sebelum azan Maghrib ketika mereka bersiaran langsung dalam sebuah program televisyen secara langsung pada Selasa.
Tampil Beri Penjelasan
Jelas Chef Wan di TikTok, dia diberi arahan oleh kru produksi untuk mencuit Iddin yang sedang membaca doa terlalu panjang disebabkan waktu azan Maghrib yang semakin tiba.
“Ustaz Din disuruh membaca doa sebelum azan berkumandang untuk kita buka puasa. Hos ada tanya Ustaz yang baca doa beliau itu panjang atau pendek sebab kita nak azan ni.
Saya rasa kemudian Ustaz kata dia tak perasan sebab first time datang live show. Ustaz pun baca la doa berjela panjangnya. Dah la tu dia tutup matanya. Depan kita semua floor manager dan production crew dah bagi isyarat wrap up berkali-kali. Ustaz tak nampak.
Selalu bila kita buat live show kena prihatin, masa tak boleh lebih. Apa lagi waktu azan masa orang nak buka puasa. Ya Allah satu Malaysia menunggu waktu berbuka ketika itu.
Saya diberi arahan untuk tegur Ustaz wrap up doanya oleh floor manager.”-kongsi Chef Wan di TikTok
“At Last Saya Cuit Juga Kerana Floor Manager & Pengarah Di Dalam Semua Tak Sabar Lagi…”

Mengakui dia bakal menjadi bualan netizen netizen disebabkan tindakannya ketika siaran langsung itu, Chef Wan menjelaskan bahawa orang ramai tidak boleh menyalahkannya kerana dia hanya menerima arahan oleh floor manager ketika itu.
“Jadi la kecoh untuk beritahu dia atau tidak takut nanti saya di viral macam-macam kerana saya boleh expect dah mulut-mulut netizen kita ni. Nanti saya pula disalahkan. Masa tidak menunggu kamu lah!. Neither you can over run waktu azan ini penting.
At last saya cuit jugak kerana floor manager dan pengarah di dalam semua tak sabar lagi. Saya cuit lengan Ustaz tu maka buka la biji mata dia. Ya, doa berjela tak boleh kerana waktu azan nak masuk pun.
Mereka tak boleh salahkan saya kerana saya menerima arahan daripada floor manager.”-tambah Chef Wan lagi
Di sebalik apa yang berlaku, Chef Wan menyifatkan ia adalah satu pengalaman yang menghiburkan buat mereka semua.
Apa komen anda?

18 hours ago
10















![[VIDEO] Adi Putra Terjebak Buat Trend TikTok, Peminat Tak Keruan!](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-3-1.webp)

































