Bagi menyambut kedatangan bulan Ramadan yang mulia, kerajaan Malaysia telah memperkenalkan Bantuan Awal Ramadan melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARA One-Off) yang diberikan secara sekaligus kepada semua rakyat.
Bersempena dengan pemberian bantuan ini, orang ramai dapat membuat persiapan bekalan makanan yang mencukupi bagi menyambut bulan Ramadan.
Pada masa yang sama, pihak Majlis Agama Islam bagi setiap negeri juga ada memperkenalkan Bantuan Awal Ramadan, yang disalurkan melalui zakat secara tunai dan bantuan makanan khas untuk golongan asnaf.
Jumlah Bantuan Awal Ramadan 2026
Setiap pemohon tidak menerima jumlah bantuan yang sama. Bergantung kepada kategori masing-masing, penerima akan menerima nilai bayaran seperti:
- SARA One-Off: RM100, bagi setiap orang tanpa mengira negeri
- Bantuan Awal Ramadan (Zakat): RM100-RM1000, bergantung berbeza bagi setiap negeri
Syarat Kelayakan Penerima
Tidak semua rakyat Malaysia layak menerima bantuan ini, kerana ia hanya diperuntukkan khas untuk mereka yang memerlukan dan memenuhi syarat kelayakan seperti:
1. Penerima SARA One-Off:
- Warganegara Malaysia
- Berusia 18 tahun dan ke atas
- Tiada had pendapatan
- Kategori: Isi rumah, warga emas dan bujang (B40, M40 dan T20)
2. Penerima Bantuan Zakat:
- Warganegara Malaysia
- Berusia 18 tahun dan ke atas
- Kadar pendapatan di Bawah Garis Kemiskinan
- Kategori: Isi rumah, ibu tunggal, warga emas dan orang kurang upaya (golongan asnaf)
Semakan Kelayakan
Bagi pemohon yang telah memohon bantuan-bantuan tersebut sebagai penerima, anda boleh menyemak kelayakan secara atas talian melalui portal rasmi seperti:
1. SARA One-Off:
- Layari https://www.sara.gov.my/
- Klik pada butang “Semakan Kelayakan”
- Masukkan nombor kad pengenalan
- Klik butang “Semakan Status”
- Status kelayakan penerima SARA One-Off akan dipaparkan
2. Bantuan Zakat (Layari pautan portal rasmi Majlis Agama bagi setiap negeri):
- MAINPP (Pulau Pinang): https://zakat.mainpp.gov.my/skim-nur-ramadan/
- MAIM (Melaka): https://www.maim.gov.my/index.php/ms/perkhidmatan/perkhidmatan/agihan-zakat/skim-bantuan-zakat
- MAIWP (Wilayah Persekutuan): https://www.maiwp.gov.my/portal-main/home
- MAIDAM (Terengganu): http://espmb.com/maidam_zakat/semakanRamadhanLog.aspx
- MAIK (Kelantan): https://ssba.e-maik.my/
- MAINJ (Johor): https://ebantuan.maij.gov.my/main
- LZNK (Kedah): https://www.zakatkedah.com.my/semakan-bantuan/
- MAINS (Negeri Sembilan): https://mainsonline.mainsnet22.com/bantuan/statusbantuan.asp
- MAIPk (Perak): https://yayasanperak.gov.my/ypcenter/
- MUIP (Pahang): https://secure.zakatpahang.my/semakstatus/MulaSemakStatuseTaksir.aspx
- LZS (Selangor): https://www.zakatselangor.com.my/semak/
- MUIS (Sabah): https://appszakat.sabah.gov.my/zakat/user/index.php
- MIS (Sarawak): https://mis.sarawak.gov.my/web/home/index/
Maklumat lanjut, anda boleh merujuk pihak berwajib melalui talian-talian rasmi seperti SARA MOF (0377201800), MAIWP (0192004689), MAIM (062837416), MAIPP (042260305), MAIK (097481512), MAIDAM (096223500/ 01126612500), MAINJ (072243918/ 072282941), LZNK (0195739155), MAINS (0196235051), MAIPk (052549999), MUIP (094221311/ 01130163882), LZS (1300884343), MUIS (088279206), MIS (082507241).

14 hours ago
8




![[VIDEO] Ridzokumura Kongsi Momen Anak Sahur Tanpa Ibu Di Sisi, Netizen Sebak!](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/4fdb3264-9382-491d-8b1c-53daa2f0bb36.webp)
![[VIDEO] Sertai Cabaran ‘At Least’: Kata-kata Tengku Puteri Iman Afzan Buatkan Ramai Tersentuh](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/WhatsApp-Image-2026-02-19-at-13.56.21.webp)








![[VIDEO] Ella Berjaya Pukau 55,000 Peminat, Turut Bawa Barisan Atlet Negara Di Majlis Tertinggi Rockqueen!](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/EBJP-28-scaled-e1771232793460.webp)

![[VIDEO] ‘Lelaki Bodoh Untuk Perempuan Yang Bodoh’- Ramai Selebriti Kecam Video Gadis Dipukul](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/Screenshot-2026-02-17-at-5.36.52-PM.webp)

![[VIDEO] Aliff Syukri Mendonia Di Bukit Bintang, Sempat Berarak Ala ‘Ali Baba & 40 Penyamun’!](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/3c639c51-ee2c-48b0-8874-b2f7aa047955.webp)






























