Hari Bapa bukan sekadar sambutan tahunan, tetapi waktu terbaik untuk menghargai pengorbanan dan jasa seorang ayah. Jika masih tercari-cari hadiah yang lebih istimewa daripada sekadar barang biasa, koleksi aksesori lelaki terbaru daripada Ferragamo boleh menjadi inspirasi mewah dan penuh makna.
Koleksi ini mengetengahkan seni anyaman kulit sebagai identiti utama, di mana setiap helaian kulit dipotong halus dan dianyam dengan teliti untuk menghasilkan tekstur yang bukan sahaja unik, tetapi juga tampak moden, elegan dan sangat berkelas. Ia jelas mencerminkan kehalusan craftsmanship yang menjadi DNA Ferragamo selama ini.
Beg Eksklusif Untuk Ayah Moden
Antara item paling menonjol dalam koleksi ini ialah Ferragamo Hug Bag yang hadir dalam tiga pilihan saiz, termasuk dua versi tote dan satu beg bahu kecil. Kesemua rekaan ini disalut dengan kemasan anyaman kulit mendatar pada keseluruhan badan beg, menjadikannya tampak premium dan sesuai untuk bapa yang aktif serta sentiasa bergaya.
Bukan sekadar cantik pada luaran, beg ini turut dilengkapi bingkai kulit di bahagian atas yang memberikan struktur lebih kemas serta menambah elemen sofistikated. Ia menjadikan Hug Bag bukan sahaja praktikal untuk kegunaan harian, tetapi juga sebagai statement piece yang menyerlahkan gaya pemakai.
Kasut Mule Ringkas Tapi Berkelas
Untuk bapa yang lebih sukakan keselesaan, kasut mule anyaman berwarna coklat espresso ini tampil dengan pendekatan minimalis. Rekaan yang ringan, fleksibel dan bersiluet ringkas menjadikannya mudah dipadankan sama ada untuk gaya santai di hujung minggu atau penampilan kasual yang kemas.
Walaupun nampak simple, sentuhan anyaman pada permukaan kasut memberikan karakter tersendiri yang menjadikannya jauh lebih menarik daripada rekaan biasa.
Tali Pinggang Sebagai Pelengkap Gaya
Tidak lengkap gaya seorang ayah tanpa aksesori pelengkap. Ferragamo turut memperkenalkan tali pinggang anyaman kulit dalam rona coklat gelap yang tampak klasik dan maskulin. Dihasilkan daripada jaluran kulit halus yang dianyam secara tangan, ia menyerlahkan ketelitian tinggi dalam setiap perincian.
Lebih menarik, tali pinggang ini hadir dengan dua pilihan gesperikonik Gancini atau gesper segi empat berwarna emas dengan elemen geometri berputar yang menambah sentuhan mewah tanpa terlalu berlebihan.
Sempena Hari Bapa, koleksi Ferragamo ini membuktikan bahawa hadiah bukan sekadar pemberian, tetapi simbol penghargaan kepada insan yang banyak berkorban. Dengan gabungan reka bentuk moden, fungsi harian dan seni kraf kulit yang halus, ia menjadi pilihan ideal untuk meraikan figura ayah yang sentiasa menjadi tulang belakang keluarga.
Thumbs
Thumbs
4
Hearts
Hearts
2
Haha
Haha
2
Star
Star
1
Sad
Sad
1
Weary
Weary

17 hours ago
8

















![[VIDEO] Didi Astillah Respon Selepas Buat ‘Prank’ Gaduh Depan Syed Saddiq](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/06/Feature-Image-2000-Px-PHIC-79.webp)


![[VIDEO] Marah Paparazi Di Hospital, Sikap Salman Khan Jadi Bualan](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/06/picture-31-1.webp)



















![[VIDEO] Karl Shafek Terharu Datuk Seri Siti Nurhaliza Sentiasa ‘Support’ Perniagaan Kecilnya-“Terima Kasih Biduanita Negara..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-45.webp)











