Pelakon dan usahawan, Karl Shafek menitipkan ucapan terima kasih kepada Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang sentiasa memberikan sokongan terhadap perniagaan kecilnya di media sosial.
Karl Shafek atau Khairul Shafek Ibrahim menerusi hantaran di Instagram dilihat berkongsi momennya yang menjual pes kuah kacang yang diusahakannya itu ‘sold out’ di TikTok hanya dalam masa lima minit.
Malah, Karl turut sebak apabila Biduanita Negara ini telah memberikan sinar kepada perjalanan perniagaan kecilnya selain sentiasa menjadi pelanggan tetap produk makanan pes kuah kacang miliknya itu.
“Hati saya penuh emosi beberapa hari ini… Terima kasih kepada Biduanita Negara, Dato Sri Siti Nurhaliza @ctdk, yang memberi sinar kepada perjalanan kecil saya melalui produk Pes Kuah Kacang dari jenama saya sendiri @khalishbyks.
Produk ini lahir dari dapur kecil sejak PKP, dengan niat sederhana, berkongsi apa yang saya suka. Menjelang Ramadan, saya gelisah bila beberapa funder tarik diri, tetapi saya nekad teruskan usaha dengan apa yang ada.
Setiap hari saya minta emak doakan, dan Allah menulis cerita yang luar biasa… Sejak Sabtu lalu, jualan sold out setiap hari.”-tulis Karl di Instagram
Rakan Selebriti & Netizen Beri Kata Semangat!
Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen serta rakan selebriti dilihat memberikan kata-kata semangat buat Karl, malah ramai yang berpendapat rezeki tidak pernah salah alamat.
“Awakk saya pun nangis tengok video awak ni. Alhamdulillah. Rezeki takkan salah alamat. InsyaAllah. Moga Allah limpahkan dan mewahkan lagi rezeki awak.”-Dina Nadzir
“My God🙏🏻 “Masyallah Kuwata illah Billah“ Lailaha illa Anta subhanaka inni kuntu minadhdhalimin”✌🏻 teruskan buat live everyday! Ok nak order!!.”-Salina Saibi
“Karl, setiap usaha pasti ada manisnya. semoga Karl dikurniakan rezeki yg melimpah ruah luar biasa. Semoga lepas ni Karl dpt jual 1500 dalam masa 5 minit, pergi ke 15,000 jualan dan seterusnya. Allah Maha Dengar dan Maha Melihat usaha. Niaga ni mcm ni la kadang tu penat try macam-macam cara.. tapi InshaAllah ada manisnya. Moga murah rezeki Karl”
“TokTi banyak bantu peniaga-peniaga kecil. Bagus TokTi, so support lah produk orang kita.”
Apa komen anda?

12 hours ago
7



![[VIDEO] Achey Kongsi Gelagat Tiara Sahur, Netizen Terhibur!-“Tiba-Tiba Tambah Nasi..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-47.webp)
![[VIDEO] Netizen Bengang Lelaki Onani Depan Jemaah Wanita- “Lepas Tu Salahkan Pakaian Perempuan”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/picture-1-4.webp)







![[VIDEO] Anzalna Kongsi Gelagat Eidrees Dengan Sepupunya, Netizen Terhibur!-“Vibe Putera Raja Sangat…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-42.webp)
![[VIDEO] Cik B Shopping Sakan Di Korea, Curi Perhatian Netizen!-“Orang Kaya Memang Lain Macam Kan…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-41.webp)






























![[VIDEO] Leona Kongsi Keadaan Kereta Calar ‘Gesel’ Dinding Parking, Netizen Terhibur!-“Naik Kereta Kebal Je Laa.”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/93a02370-7602-44b5-bc9a-2762e864d6cc.webp)


![[VIDEO] Lelaki Pukul Isteri Selepas ‘Kantoi’ Curang, Alasan Penyondol Buat Ramai Mengekek- “B Tu Brother La”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/3.jpg)

