Bakal Jadi ‘Hotspot’ Majlis Kahwin! Istana Sakura Hall Rasmi Dibuka Dengan Gaya Glamor

4 hours ago 2

Suasana penuh elegan dan glamor menyelubungi majlis Grand Opening Red Carpet Istana Sakura Hall yang berlangsung di Plaza SG Mas, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur, sekali gus menandakan pembukaan rasmi dewan acara mewah baharu yang dijangka menjadi antara lokasi pilihan utama di ibu kota.

Majlis berprestij ini dihimpunkan dengan kehadiran tetamu kehormat, rakan industri, usahawan, pempengaruh, artis serta selebriti tanah air yang memeriahkan suasana dengan gaya red carpet yang cukup eksklusif. Pihak media turut hadir bagi membuat liputan rasmi sepanjang acara berlangsung.

Amelina Curi Perhatian Dengan Persembahan Bertenaga

Antara yang paling mencuri perhatian malam tersebut pastinya kemunculan penyanyi popular tanah air, Amelina, yang tampil dengan persembahan bertenaga sehingga menghidupkan lagi suasana dan menambah seri majlis pembukaan tersebut.

Lokasi Eksklusif Untuk Majlis Perkahwinan & Acara Korporat

Dalam masa yang sama, majlis ini turut menjadi tumpuan bakal pengantin dan penganjur acara yang hadir untuk melihat sendiri keunikan serta keindahan Istana Sakura Hall sebagai destinasi pilihan bagi majlis perkahwinan, resepsi, makan malam korporat dan pelbagai acara eksklusif di Kuala Lumpur.

Dari segi konsep, dewan ini tampil dengan rekaan moden mewah yang mampu menampung sehingga 400 tetamu dalam satu masa duduk. Dengan gabungan dekorasi glamor, pelamin LED moden, hiasan kristal mewah serta sistem pencahayaan profesional, ia memberi pengalaman acara yang lebih premium. Ditambah dengan kemudahan lengkap seperti parkir, surau berhampiran serta katering berkualiti tinggi, ia menjadikan lokasi ini lebih praktikal dan eksklusif untuk pelbagai majlis.

Pakej Lengkap Bermula RM29,900

Istana Sakura Hall turut menawarkan pakej lengkap serba mudah bermula RM29,900 yang merangkumi hampir keseluruhan keperluan majlis seperti dewan eksklusif, pelamin premium, katering, busana pengantin, solekan profesional, sistem PA & audio, emcee, jurugambar, setup VIP, krew layanan tetamu serta khidmat event coordinator profesional.

Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, orang ramai boleh menghubungi pihak pengurusan di 013-340 0040 atau 012-242 5551. Menurut Founder Istana Wedding Hall, Puan Irni Rosleh, pembukaan Istana Sakura Hall ini bukan sekadar menawarkan ruang acara yang mewah dari segi visual, tetapi turut memberi penekanan kepada pengalaman perkhidmatan yang lengkap dan lancar bagi memastikan setiap majlis berjalan dengan sempurna dan eksklusif.

Thumbs

Thumbs

1

Hearts

Hearts

3

Haha

Haha

5

Star

Star

2

Sad

Sad

1

Weary

Weary

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |