Pelakon, Diana Danielle membuat perkongsian bersama peminat mengenai hasrat anak lelakinya yang mahu menceburi industri seni untuk menjadi seorang pelakon.
Kongsi Diana atau nama penuhnya Diana Danielle Danny beeson menerusi hantaran di Threads, anak lelakinya, Muhammad sudah mula menunjukkan minat untuk berlakon dan sering meminta kebenarannya untuk berlakon. Namun, dia tidak membenarkannya disebabkan rasa bimbang terhadap Muhammad yang baru berusia 13 tahun akan rasa terkekang.
“Anak lelaki saya banyak kali minta berlakon lagi. Last time tu umur 6 tahun. Dia dah mula tunjuk minat nak berlakon.
Tapi saya tak nak bagi. I want to keep him in a jar forever, tapi takut dia rasa terkekang. Masalah budak lelaki berumur 13 tahun yang mahu mula membina masa depan.”-kongsi Diana Danielle di Threads

Pelbagai Reaksi Netizen!

Perkongsian Diana mencetuskan pelbagai reaksi netizen di ruangan komen, malah netizen terutamanya para ibu memahami apa yang dirasakan oleh Diana yang rasa bimbang terhadap anaknya itu.
“Bapa dia antara pelakon terhebat Malaysia, bukan seperti si Kayu Bedol.”
“Cerita yang buruk-buruk aje pasal dunia lakonan ni. Banyak baik dari buruk. Sebab you dah hadap berpuluh tahun. Kadang ajar anak ni tak semua benda perlu positif je. Kena bagitau hakikat sebenar dunia ini.”
“Anak-anak yang masih bawah umur ni better pantau sebaik mungkin jika nak masuk industri. Banyak dah kes-kes pelakon bawah umur sebelum ni. Allah lindungi Muhammad selalu.
“I understand you. Bagi Muhammad belajar rajin-rajin. Score betul-betul. Lepas SPM, boleh mula berlakon. Pada masa yang sama, kena ambik diploma dan degree.”
“Sebab dia ada darah seni. Terutamanya daddy dia antara pelakon terbaik di Malaysia.”
Sekadar info, Diana Danielle pernah mendirikan rumah tangga dengan aktor, Farid Kamil pada 3 November 2012 sebelum bercerai buat kali kedua pada 24 Mac 2025.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad dan Nur Aurora.

19 hours ago
9







![[VIDEO] Gelagat ‘Random’ Ella Kucup Bibir Suami Buat Ramai Senyum Sendiri](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/Screenshot-2026-02-16-at-12.48.10-PM.webp)

![[VIDEO] “Cantiknya Anak Awie”- Wajah Arni Nazira Zaman Muda Kembali Jadi Sebutan](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/Screenshot-2026-02-16-at-11.54.29-AM.webp)

![[VIDEO] Penampilan Isteri Prince Syed Ketika Berniaga Cetus Kritikan Netizen-“Terus Pakai Inner..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/bb6fe928-26f5-45c1-9a52-c2a54b15fdbe.webp)

































![[VIDEO] Haunted Highlands? Jeritan & Misteri Kembali ‘Hantui’ Genting Highlands](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/WhatsApp-Image-2025-10-17-at-22.03.13-e1761030586910.jpeg)



