Alha Alfa Terkejut Ramai Netizen Meminta-Minta Wang Di Media Sosial-“Saya Dulu Dari Keluarga Susah Jugak..”

4 hours ago 2

Usahawan kosmetik dan jurusolek terkenal , Datuk Alha Alfa akui merasa terkejut apabila ramai netizen yang meminta-minta wang daripadanya di media sosial.

Kongsi Alha di Threads, dia yang pernah melalui zaman kesusahan sebelum ini akan berusaha untuk berniaga atau membuat kuih untuk mendapatkan wang dan membeli kelengkapan Raya. Malah, dia hanya memakai baju lama apabila bapanya itu tidak mempunyai wang.

“Abang-abang, kakak-kakak, adikku sayang, saya faham. Nak raya masing-masing nak belikan baju raya kat anak bini, suami.

Tapi saya macam terkejut sekarang ramai DM minta-minta duit nak beli baju anak-anak la, apa laa.

Saya dulu dari keluarga susah jugak, kalau ayah takde duit, pakai je baju lama. Nanti saya akan usaha buat kuih ke, meniaga ke, apa saja untuk cari baju sendiri bila dah besar sikit.

Kalau awak semua takde duit tapi nak juga melaramkan anak bini tu, goodluck la nanti sampai bila-bila jadi gitu. Takde duit pun diorang takkan memahami dan akan mendesak awak, memberontak lagi ada, percaya laa.”-tulis Alha Alfa di Threads

Netizen Setuju

Hantaran Alha dibanjiri dengan komen netizen yang rata-ratanya bersetuju dengan pendapatnya, malah ada yang menyifatkan pihak yang betul-betul susah tidak akan mahu orang lain mengetahui mereka berada dalam keadaan susah dan tidak akan meminta-meminta.

Teringat ceramah Da’i Izzhar Nazri,Orang yang selalu “meminta” ni kalau perasan hidup dia selepas 3-5 tahun akan datang tetap takkan berubah, sebab dah terbiasa dengan “meminta”. Allah akan masukkan dalam hati dia, rasa miskin, sentiasa rasa tak cukup. Sebab tu dalam Islam, digalakkan jadi orang kaya/berkemampuan supaya dapat tolong orang yang betul-betul susah, betul-betul tidak berkemampuan, bukan tolong yang “meminta” ni. Ni belum cakap lagi balasan dekat akhirat nanti, hati-hati la.”

“Setuju, sesusah mana pun jangan meminta-meminta. Segalanya perlukan usaha. Rezeki tak akan datang bergolek. Buatlah sesuatu yang boleh mendatangkan rezeki.”

“Orang yang betul-betul susah selalunya tak nak orang tahu dia susah. Orang bagi dia ambik syukur, nak meminta jauh sekali.”

“Malu pula tengok orang meminta-minta ni. Pakai je la apa yang ada.”

“Betul tu, masuk je bulan puasa tumbuh macam cendawan pengemis online. Sampai dah tak boleh nak beza dah siapa yang betul-betul susah dengan siapa yang scammer. Like myself, ibubapa saya dah ajar dari kecik, ikut kemampuan sendiri dan beraya dengan apa yang ada saja.”

Apa komen anda?

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |